Tuesday, April 26, 2011

Bahayanya ikhtilat(pergaulan bebas ) remaja zaman sekarang

APA ITU IKHTILAT??

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciripergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan sistem hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti initelah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW keranapergaulan bebas merupakan faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan zina.(Nauzubillahi minzalik)


IKHTILAT TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU:

[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
[ 2 ] Ikhtilat syar'ie

IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE (ikhtilat yg tidak dibenarkan):
1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat. 

IKHTILAT SYAR'IE (ikhtilat yg dibenarkan):
1- Mempunyai hajat
· Tempat menuntut ilmu
· Medan jihad
· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
· Menziarah
· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dll
· Menunaikan haji dan Umrah
· Musafir syar'ie
· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
· Menjadi saksi
· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud

   APA YANG SALAHNYA DALAM PERGAULAN BEBAS NI ???

Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya pergaulan bebas ini?? Dimanakah salahnya??? Mengapa salah?? 

Sememangnya hati kita sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan pergaulan bebas ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya tali  hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??

[ 1 ] MELIHAT النظر-

" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka" (Surah An-Nur 30-31)

Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu" Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi

Apabila kita memandang seseorang,kita tidak boleh memandang bahagian tubuh yang boleh merangsang syahwat.Apatah lagi melihat auratnya,itu hukumnya haram.Jadi, bila memandang perlu awasi pandangan kita dengan sebaik-baiknya..
[ 2 ] SENTUH – المسح -


Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negatif. Ada kutub utara+kutub selatan. Bagi yang belum berkahwin,hukumnya memang sudah jelas haram.Tidak boleh berpegang-pegang.Khususnya jika bersentuh antara kulit dengan kulit.Kalau bersentuh tanpa sengaja tidak apa,itu memang dimaafkan .Tapi jika ada niat yg tidak baik,sekalipun kelihatan seperti tidak sengaja,ALLAH tetap mencatat perbuatan itu sebagai dosa .Amal itu bergantung kepada niat seseorang.Manusia boleh menipu dan mencari alasan,tetapi ALLAH tetap tahu niat sebenar seorang pelaku maksiat .

[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab 32)

Diharamkan bagi kedua-dua pihak (laki & perempuan) menggunakan suara yang boleh merangsang syahwat.

Biasanya,orang lelaki tidak ada masalah, sebab semua lelaki yang normal suara mereka garau dan tidak menggoda. Hukum suara ini biasanya dikhususkan kepada orang perempuan.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga perlu dibatasi denganhukum syariat islam yang ketat .Remaja sekarang ni mudah terpengaruh untuk pergaulan bebas & mudah menerima ajakan untuk ber'couple'. 

Tetapi sebenarnya,daripada pergaulan itulah merupakan salah satu faktor terjadinya kes zina dan hasil daripada zina itu lahirlah anak zina atau anak luar nikah. Bagi penzina yg x dpt terima anak itu, dibuang pula anak itu merata-rata lepas itu dibunuh. Ape kes..???
 
 Astaghfirullah..

Dosanya dua kali ganda. Dahlah berzina pastu bunuh pula anak yang x berdosa tu.  

Jadi salah siapa kalau dah berlaku perkara mcm tu..?? Salah perempuan?? Salah lelaki?? 

Sudah tentu kedua-dua pihak salah. Tetapi pihak yg memulakan dulu wajar dipersalahkan lebih. Tangan tidak akan bertepuk sebelah tangan je. Jika tiada yg memberi salam,pasti tiada yg menjawab salam. Jika tiada yg mengusik,pasti tiada yg terusik.Betul x??

Allah berfirman yg bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israk, ayat 32)



Al-Quran menyebut ‘jangan mendekati zina’ sebagai langkah-langkah kewaspadaan menjaga pergaulan berlainan jantina agar tidak terlanjur kepada perzinaan.

Kita yang masih di alam remaja ini,,memerlukan kesabaran dalam mendidik keimanan,,

kerana alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, “sesungguhnya aku takut kepada Allah.” 


 Itulah lelaki yg baik. Kalau iman kuat, apa sahaja yang di luar tidak mempengaruhi dalaman.

Jadi,kesimpulannya,,JAUHI PERGAULAN BEBAS..!! 


*Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai,kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai.

Bagi sesiapa yg x sabar2 sgt,,kahwinlah bagi yg mampu.Dalil-dalil pensyariatan:
Tetapi bg yg x mampu,berpuasalah.Agar syahwat terpelihara.

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang mampu untuk mengeluarkan mahar, maka berkahwinlah. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menutup pandangan serta menjaga kemaluan. Dan kepada yang tidak mampu, berpuasalah...Sesungguhnya (puasa itu) adalah perisai..

Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.”

*p/s:Artikel ni ditujukn kpd org2 yg suka sangat bergaul bebas & yg asyik dok bercouple. Bagi kaum hawa yang masih lagi bergaul bebas dengan laki tu,kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam..kerana wanita solehah adalah sebaik2 hiasan di dunia ini.Jangan bila dah berlaku sesuatu perkara buruk baru nak menyesal.Bak kata pepatah,dah terngantuk baru nak terngadah.

Begitu juga kepada kaum adam. Kerana kamu semua adalah pemimpin bagi kaum hawa. 
Jangan terikut dek kejahilan moden...kerana tidak akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.

"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
semata2 hanyalah berdusta"  

Allahu 'alam..dipetik dr~blog cerita dari Qalbi

semoga bermanfaat...suka? like jer

Attention~peringatan untuk kaum hawa!! wajib baca utk peringatan

~Bismillahirrahmanirrahim~
  
"Berhati-hati sebelum membeli Tuala Wanita.."

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam bahasa melayu....




HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihannya...takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu... 

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taulah dari negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Dia ni seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...

Disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..(hmm,,x patut sebenarnya)
Tp,,almaklumlah kehidupannya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...So, anak2 dgn bini dia pon pakailah TUALA WANITA tu.....

Lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami pening2,muntah,loya tekak..



mcm orang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya..
dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah MENGANDUNG.....maka hairanlah si anak..


Dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...



ya ALLAH...

MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN.....ALLAHU 'ALAM..

Doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....



Kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu...Pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhuatiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu... 

Moral of the story.......*NAK BELI TUALA WANITA TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE TUALA WANITA YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANG..SILAP2 NANTI ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS PULAK LEPAS NI...(Nauzubillahi minzalik)

Ini dua gambar ANAK TIKUS tu selepas pembedahan dilakukan..e...e..gelinya 




semoga bermanfaat...suka? like jer

Monday, April 25, 2011

stress!!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah atas nikmat hidup yang Allah berikan.
Bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup udaramu ya Allah. 

Dalam kesibukan kita mengejar arus kehidupan yang sangat laju,
pernah x kita terfikir untuk berhenti? 

Pernah x anda merasa stress atau tekanan yang sangat hebat?




Pasti antum antunna pernah merasa tekanan dalam hidup. 

Ada banyak sebab kita sering tertekan. 

Mungkin kerana peperiksaan, masalah kewangan, masalah persahabatan, dan banyak lagi la

 lau nak disenaraikan...mau abes page blog ni ..
saya mnulis ni bkn untuk saje2,tp,saya sering kali mgalaminya..

n sehingga satu ketika saya pernah terfikir untuk lari dari masalah2 itu..

tapi,semakin kita lari,semakin ia mengejari kita..saya suka ayat ssorang~"kita harus bdpn

 dgn masalah ,xnya lari dri masalah





Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Pernahkah antum antunna terfikir hikmah mengapa Allah jadikan masalah yang akhirnya 
memberi tekanan kepada kita?

Pernahkah anda merasakan bahawa dugaan yang diterima sangat berat dan tidak tertanggung? 
Mari sama-sama kita teliti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:286):



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai tuhan kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau Kami tersalah. Wahai tuhan Kami ! Janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada Kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."


Petikan dari surah ini menunjukkan Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-Nya. 
Allah menguji makhluk sesuai dengan keupayaan makhluk tersebut.

Sahabat-sahabat, 
Suka untuk saya bawakan satu dimensi berbeza untuk kita lihat tekanan dan ujian yang melanda diri kita. 
Saya nak kita sama-sama melihat bahawa tekanan dan ujian itu adalah hadiah dari Allah. 
Ya, hadiah dari-Nya. tapi bagaimana?

1) Tekanan yang Allah berikan boleh menjadi salah satu cara untuk mendekatkan diri   kita kepada Allah.




Sudah menjadi lumrah apabila kita berada dalam kesusahan kita akan meminta pertolongan. Tekanan sebagai salah satu masalah yang menimpa diri kita mampu membantu kita untuktaqarrub, mengadu, mengaku kesalahan dan kelemahan diri kita. 
Ya, Allah ingin kita mengadu kepada-Nya. 
Sedarkah kita apabila kita senang, kita sering melupakan nikmat Allah, jadi tekanan ini membolehkan kita mendekati Allah dan terus mengadu kepada-Nya.
subhanallah,amt bijak aturan Allah kepada kita yang sering lalai dlm kehidupan.

2) Tekanan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri.


Sedarkah kita apabila kita tertekan, ia mungkin berkait dengan pengurusan diri yang kurang baik? 
Saya sendiri jika berhadapan dengan tugasan yang terlalu banyak akan merasa tertekan. 
Bila difikirkan kembali, ia mungkin berkait dengan ilmu pengurusan masa dan kerja yang kurang efektif. 
Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah kekurangan ini dan memperbaikinya.

3) Tekanan menjadikan kita lebih tabah dan cekal.


Biasanya kita melihat ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anak dengan berjaya selepas kematian suami. 
Anda rasa, mengapa mereka berjaya? 
kerana adanya tekanan. 
Ya, tekanan menjadi 'driving force' atau daya penguat untuk mereka berusaha. 
Tekanan untuk memastikan yang terbaik diberi kepada anak-anak memungkinkan mereka terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah.


4) Tekanan sebagai medium menguji keimanan.


Firman Allah dalam Surah Ali-Imran (3:139):


"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

Lihat sahabat-sahabat sekalian, Allah memberikan motivasi langsung kepada manusia. Jangan berasa lemah dan jangan bersedih hati yang berlebihan. 
Kerana jika kita bersabar, melawan perasaan sedih dan setrusnya berusaha untuk bangkit, kitalah antara orang yang Allah kasihi.


5) Tekanan sebagai batu loncatan bukan sebagai batu penghalang.


Seringkali kita mendengar keluahan orang yang tertekan. 
Mereka merasakan bahawa masalah yang membawa kepada tekanan akan menyusahkan hidup mereka. 
Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat tekanan sebagai pemangkin kejayaan bukan sebagai pembantut. 
Bagaimana? 
Cuba kita bayangkan, andainya kita dapat mengubah tekanan yang kita rasai kepada tenaga positif, ia sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk kita berjaya. 
Dengan kata lain, kita "menekan" diri kita untuk cuba menyiapkan kerja sebaik mungkin dan tidak mengeluh. 
InsyaAllah ia akan menjadi kekuatan kepada kita. 
Bila kita diuji lagi, kita akan terbiasa dan mampu menghadapinya dengan baik.


Sedikit penambahan tentang ciri-ciri orang yang sabar yang dinyatakan Allah dalam Surah Ali-Imran (3:146):


"Dan berapa banyak dari nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."


Motivasi Allah kepada manusia: Jangan lemah semangat dan jangan menyerah kalah!



Satu perkara yang perlu kita sedari ialah, kelahiran kita di dunia ini adalah bukti kita insan yang terpilih untuk hidup di bumi Allah. 
Jadi, jangan jadikan tekanan sebagai perkara yang melemahkan kita. 
Merayulah , mengadulah, berdoalah kepada Allah, kerana dia maha mendengar dan memakbulkan permintaan hamba-Nya. 
Yakinlah sahabatku setiap ujian ada hikmahnya, kita perlu bersabar untuk menyaksikannya.

Sekadar ingatan buat diri ini jua.



semoga bermanfaat...suka? like jer

Hiburan dalam islam





Allah menyebut dalam surah Ali Imraan ayat 112 tentang dimensi sebenar hal kesenian dan kebudayaan ini: Mereka akan ditimpa kehinaan, kecuali berpegang teguh pada ajaran agama Allah
iaitu hablumminallah dan juga nilai-nilai kemanusiaan iaitu yang disebutkan sebagai hablumminannas. 
Soal muzik adalah soal budaya. 
Muzik bukan soal hiburan semata mata seperti yang difahami oleh anak muda kita sekarang
ini. 
Ia lebih dari itu.





 Oleh kerana muzik telah ada pada bangsa-bangsa bukan Arab juga, maka adakah
kerana Islam datang kepada mereka, muzik itu

harus dibasmi?




Dalam Islam, muzik ini untuk membebaskan kita dari dunia kebendaan, supaya dapat bebas dari
hal-hal sementara yang ada di dunia ini dan menginsafkan diri kita justeru membawa kepada
hal-hal yang lebih abadi. 
Sayang sekali segelintir anak muda kita, mengejar muzik yang kosong.
Malah mereka itu menyangka muzik sematamata hiburan dan keseronokan. 
Mereka tidak nampak muzik itu rapat dengan jiwa, dan jiwa
yang tenang membawa kepada Tuhan. 
Muzik yang mereka dengar itu malah tidak dapat membawa kepada Tuhan.
Anak-anak muda di luar yang gila benar mahu menjadi bintang dan idola itu bukan sangat reti
mengenai perkara ini. 
Anda tentu terkesan yang mereka hanya nampak kemewahan dan kemasyhuran
menanti. 
mereka tidak tahu sepicing pun mengenai muzik merawat mental juga emosi. 
Anda harus lebih tahu daripada mereka yang irama muzik sangat berpengaruh menumbuhkan emosi apatah lagi keadaan mental. 
Muzik tentu sahaja dapat menjadi terapi kejiwaan.
Tidakkah mereka  tahu yang muzik menjana kelenjar pineal mengeluarkan
hormon melatonin. 







Inilah jenis hormon yang berfungsi untuk menenangkan manusia. 
muzik seumpama rock yang iramanya berfrekuensi lebih dari 12 hz akan hanya mendorong pendengar menjadi agresif, radang, baran dan merosakkan kesihatan dengan melajukan detak
jantung. 
Sedang irama ney misalnya (sejenis serunai orang sufi: sila baca novel Advencer Si Peniup Ney) itu frekuensinya seputar 8 ke 10 hz, 
justeru temponya yang tidak pantas menjadikan fikiran tenang dan memberi santai di jiwa. 
Tidak hairan juga kalau irama yang berfrekuensi 4 hingga 8 hz, itu membuatkan orang lagi cepat tidur.
Anda harus lebih tahu daripada anak-anak muda yang mahu sangat menjadi bintang dan idola di luar itu.


Ini ada benarnya hinggakan satu masa dahulu terdapat pasukan muzik di rumah sakit Sultan
Beyazid kedua di Edirne wilayah Turki Othmaniyyah. 
Bukankah mereka menggunakan haruman dan irama sufi sebagai terapi rawatan untuk pesakit.
Anda yang belum pernah mendengar hal ini tentu sekali kini menjadi lebih berpengetahuan bahawa Islam menawarkan muzik lebih daripada untuk keseronokan. 
Lama sebelum perang Akkerman, dalam tahun-tahun 1480an ketika bangsa-bangsa barat masih jahil dan belum mengenal gitar 
apatah lagi organ atau sains dan seni muzik, Sultan Beyazid II telah menubuhkan sebuah kompleks
kesihatan di Edirne, menggunakan bunyian air, muzik dan wangian daripada bunga-bungaan untuk merawat orang-orang yang tidak sihat.




Justeru muzik dan menjadi pemuzik itu satu kerja mulia yang memberi perkhidmatan untuk kemanusiaan
tetapi muzik hari ini dan segala macam program mencari bakat baru itu apa sumbangannya
kepada kemanusiaan? 
Tetapi masa kini mereka terlalak-lalak mengaku bahawa kami adalah penyumbang kepada kemanusiaan?
...tetapi muzik hari ini dan segala macam program mencari bakat baru itu apa sumbangannya kepada  kemanusiaan



Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur
sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT. 
Tujuan garis panduanini di sediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah
SWT. 


Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri
fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian
asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum- hukum syara’.


GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM





1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, 
memburuk- burukkan Rasulullah SAW, 
melekehkan para sahabat, 
meragui hari kiamat dan pembalasan 
dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub
kepada wanita.


Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa
yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya:


“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap
akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan
masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas
akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah
engkau dihalangi daripada mempercayainya
oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta
ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu
engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)




2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hakhak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.


“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya,  kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)


3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan
maksiat dan dosa.
Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:


“Dan apabila mereka mendengar perkataanyan g sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.”
(surah Al Qasas : 55)


"Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.


5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang  menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yangdisampaikan  adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram. Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:
 “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.”

(surah Al A'raf : 26)




Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: 
“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” 
(Hadis Riwayat Muslim)


“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikanwani ta sebagai penyanyi (penari-penari), alat alat yang  melalaikan(muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)


6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya. 


Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: 
“Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” 
(Hadis Riwayat Baihaqi)


7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalanganle laki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. 
Ini adalah bagi mengelak segala fitnahdan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.


Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” 
(surah Al Ahzab : 32)


Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda;
Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan
nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. 
Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: 
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama
Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” 
(surah Al Lukman :6)




Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.
KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab
Islam. 
Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk
industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. 
Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW








semoga bermanfaat...suka? like jer