Monday, May 2, 2011

Saya tak pernah bagi hadiah buat mama semasa hari ibu

mama selalu nasihat, mama selalu marah, mama selalu risau, mama selalu leter, mama selalu ingat, mama selalu sedih, mama selalu peluk,mama selalu cium,mama selalu telefon,mama selalu rindu,mama selalu masak,mama selalu puji,mama selalu pujuk,mama selalu nangisMonkey Winks ..Tahu tak kenapa??..ini kerana ===> mama selalu sayangkan kita




Sabda Rasulullah saw.


"Berbaktilah kepada kedua ibubapamu supaya berbakti kepadamu kelak anak-anakmu"



Bismillahrrahmanirrahim,
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w,sahabat,serta kaum keluarga baginda.


sahabatku sekalian ,pelik xbaca tajuk entry "SAYA TAK PERNAH BAGI HADIAH BUAT MAMA SEMASA HARI IBU"?..YA!!,terus terang ..saya tak pernah bagi hadiah kat ibu yg saya gelar "MAMA",semasa hari ibu., 10 Mei merupakan hari biasa jer bagi saya...macam hari2 biasa.semuanya berjalan seperti biasa.Namun apa yang kurang biasa ialah,saya n adik-beradik yang lain akan berebut-rebut bangun awal,siap pasang alarm telofon masing2 lagi..hehehe..Nak compete sepa yang first ucap "Selamat Hari Ibu " dan "Peluk Mama" .Itulah tabiat kami adik-beradik.Suka betul rebut2 sepa yang akan jadi first.Tyme birthday mama pun gitu.Bagi saya,setiap kali hari ibu,saya pasti akan berasa sedih.Saya akan teringat dengan apa yang mama saya katakan pada saya tahun lalu.


Berdiri depan pintu bilik mama seawal jam 6:


saya:ma,"selamat hari ibu",Angah minta maaf cz angah xdapat belikan mama hadiah.apa yang angah mampu bagi hanya ucapan."maafkan angah ma".saat tue menitis airmata saya dan saya dapat rasa mama juga rasa kesedihan yang saya rasa.


mama:angah.."terima kasih",tak bagi hadiah pun mama tak kisah,ucapan hari ibu pada mama sudah cukup bermakna buat mama..jangan sedih k."mama sayang anak-anak mama",apa yang mama mahu,semua anak-anak mama berjaya suatu hari kelak.InsyaAllah.mama harap anak2 mama sentiasa berkasih sayang,xbergaduh,n saling tolong-menolong.Mama sentiasa doakan yang terbaik buat kamu semua.


Ayat yang penuh Kasih sayang seperti di atas lah yang buat saya  n adik-beradik yang lain semakin lama semakin erat hubungan kami.bak kata orang "xda rahsia antara kita" ..hihi..terutamanya yg mama jelas nampak "kami adik-beradik memang mempunyai kegemaran yang sama ,bagi kami apa sahaja yang mama masak untuk kami itulah makanan kegemaran kami.mama juga tahu yang semua anak-anak dia pemilih sikit bab2 sayur nie.Yang bestnya lagi,mama tahu kami nie suka cemburu2 sayang bila salah seorang dari kami cium n peluk mama,bisik2 dengan mama,cerita2 dengan mama..kalau boleh,bila sorang antara kami nak becerita mesti suma nak dengar,suma nak duk kat situ .xkiralah crta apa ja.hihi.Mari kita renung sedikit tazkirah :




Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24
Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."



Teringat pula dengan iklan kat tv


ibu..ibu...Engkaulah ratu hatiku..
Bila..ku berduka..Engkau hiburkan selalu..




Dalam Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baik aku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!




Menurut ajaran agama kita antara ibu dan bapa, pihak ibulah yang patut kita utamakan lebih dari pahak bapa. Sabda Rasulullah saw.


  •  "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"


  •  "Orang yang palin tinggi haknya kepada anak ialah ibu"


  •  Jika ibu dan bapamu memanggil kamu datanglah lebih dahulu kepada ibumu".

Sequence yang berlaku dalam hidup kita yang bergelar anak :

Kata mama,perkataan yg pertama saya sebut dulu "mama",
Tyme kecik2 dulu,bila bangun tidur saya mesti cari mama,
Bila saya nangis,orang yang datang mesti mama,
Bila nak bermanja,saya mesti dekati mama,
Bila rasa sedih yang pujuk saya ialah mama,
Bila melakukan kesalahan ,yang cepat marah ialah mama,
Bila nak peluk,yang saya suka peluk ialah mama,
saya..selalu teringatkan mama,
Bila sedih ,saya mesti telefon mama,
Bila sakit,orang yang paling risau mesti mama,
Bila ada masalah yang paling risau adalah mama,
Yang masih peluk dan cium saya sampai hari ni ialah mama,
Yg selalu masak mknn kgmrn saya ialah mama,
Yg selalu berleter kat saya adalh mama,
Yg sllu bg nsht kat saya adlh mama
Yg sllu puji saya adlh mama,

Berbuat baik terhadap kedua ibubapa meliputi bidang yang luas. Secara umumnya ialah anak-anak perlu menunaikan apa yang dianggap baik terhadap mereka berdua berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw pernah besabda":
1. " Berbakti kepada kedua ibubapa lebih utama dri solat, sedekah, puasa, haji dan jihad di jalan Allah".

2. "Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, mak Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".

3. "Keredhaan Allah di dalam keredhaan orang tua dan kebencian Allah di dalam kebencian orang tua"




Pengajarannya:
1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.

3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.

4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.

5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mebngikut keperluan dari segi perhatian terhadap mereka terutama sekirnya mereka keurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.

6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu kecil)
7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.




semoga bermanfaat...suka? like jer

Sunday, May 1, 2011

Impian

Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w,sahabat serta kaum keluarga baginda.

sahabatku sekalian,hari nie ana tetiba terfikir nak wat enrty tentang "IMPIAN".ana tahu ,semua orang mempunyai impian.Lets kita kaji dulu meaning IMPIAN, ok? 
Ini sequence yg ana wat tentang apa itu impian:

Niat > Ikhlas > Matlamat > Usaha > Takdir Illahi === "IMPIAN".

kenapa saya mendefinasikan impian sebegitu?.Bagi saya,Impian adalah salah satu aspek kehidupan yang perlu ada dalam diri manusia.Dalam semua aspek kehidupan ,Niat dan keikhlasan menjadi titik tolak untuk mencapai kejayaan.Apabila Niat dan Keikhlasan wujud maka sekaligus akan timbul matlamat yang positif dalam diri seseorang itu.Matlamat itulah yang menjadi penanda untuk seseorang itu berusaha.Namun,Impian itu ialah "DATANG "  dan "PERGI".Manusia biasanya akan mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka.Pengaruh itu membuatkan impian mereka menjadi seperti datang dan pergi.

situasi A semasa nak ambik SPM:

Ali    :cita2 kamu apa irfan?
Irfan : saya nak jadi Guru.kamu pula?
Ali    : Guru? saya nak jadi Doktor.hihi.hebat bukan?Doktor nie kerjanya mencabar.Orang      pandang tinggi tw
          dengan  keja doktor nie. apa yg saya taw fan,saya mengibaratkan "doktor itu tinggi". Yang 
          paling best,gaji doktor nie tinggi .Belajar pun tinggi2.High level la katakan.silap2, kena terbang luar   
          negara .. Wah!! bestnya tue..
Irfan : Alhamdulillah cz saya ada kawan yang mempunyai cita2 yang hebat.saya doakan agar kamu 
         dapat mencapai impian kamu.InsyaAllah..Amin,ya rabb. 
Ali    : Terima kasih fan.Amin.
Irfan : Kasihmu ku terima.hihi,sama-sama...Ali...apapun yang akan kita jadi d masa akan datang kita harus 
          bersyukur.kerana semua itu Allah dah tetapkan dari azali lagi soal rezeki,jodoh,ajal dan maut semuanya 
          di tangan Allah.Kita harus betulkan niat kita ,kemudian berusaha,setelah itu berdoa,dan akhir sekali 
          konsep tawakkal.kamu nak taw x ali "apa yang memg menjd miik kita d dunia smaada ,rezeki,jwtn /
         kedudukan,pasti Allah berikan.Tetapi apa yg bukan milik kita,kita tidak akan mampu.walaupun ianya
         nyaris menghampiri kita meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya."namun kata2 itu 
         tidak bermakna Allah menyuruh kita hanya berserah .Sama sekali tidak!! kita harus berusaha dan 
         berdoa.Ia hendaklah seiringan.Selebihnya kita serahkan pada Allah.
Ali    :Walau sesusah manapun,saya mmang nak jadi doktor.di samping tue macm awk pesan       la fan.kena 
         usaha dan doa.
Irfan: InsyaAllah...doakan saya juga ..hihi.



Dalam situasi A,kita dapat lihat setiap orang mempunyai impian yang berbeza dengan niat yang bebeza.Setiap orang juga mempunyai usaha yang berbeza dan cara bertawakal yang berbeza.Namun takdir illahilah yang akan membuatkan seseorang itu INSAF,REDHA,& SYUKUR.

Situasi A setelah 6 tahun:

Cikgu Irfan: wah!kamu dapat anugerah cikgu cemerlang mata pelajaran sains tahun nie "cikgu Ali',tahniah
                 sahabatku.saya tumpang bangga dan gembira dengan kamu.syabas,tahniah..dan Alhamdulillah.
Cikgu Ali  : terima kasih.Alhamdulillah.Bagi saya semua nie dari Allah.Saya akan terus berusaha di samping 
                 berdoa dan bertawakal pada Allah agar semua pelajar saya boleh memahami apa yg 
                  saya sampaikan.
Cikgu Irfan:amin..insyaAllah.

Cikgu Ali  : fan,saya bangga ada sahabat seperti kamu.kamu baik orangnya.dan Alhamdulillah impian kamu 
                  untuk menjadi seorang pendidik tercapai.Allah memakbulkan doa kamu.Dulu saya pandang 
                  rendah dengan keja guru nie n nak sgt jd doktor.Namun ianya bukan milik saya.Saya bersyukur
                  dengan apa yg Allah dah bagi utk saya hari ini..dan ,inilah yang terbaik..

Cikgu Irfan:Semua nie kuasa illahi.Ada hikmah di sebaliknya.saya juga bangga ada sahabat seperti ali,dan 
                   saya bersyukur kerana Allah makbulkan doa saya untuk menjadi seorang guru.Sama2 kita 
                  istiqamah dan muhasabh diri selalu ya sahabtku?
Cikgu Ali  :InsyaAllah.sama2 k..hihi.

Renungan buat diri ana dan sahabat sekalian~~~>
  • Allah amat sukakan orang yang menanamkan NIAT  yg baik dalam dirinya
  • Allah amat sukakan orang yang menanamkan KEIKHLASAN dalam semua aspek kehidupannya
  • Allah amat suka orang yang menanamkan KESABARAN dalam dirinya.
  • Allah amat sukakan orang yang menanamkan KESYUKURAN dengan apa yg d beri oleh Allah kepadanya 
  • Allah amat sukakan orang yang menanamkan KESUNGGUHAN untuk mencapai sesuatu yang di kehendakinya
  • Allah amat sukakan orang yang menanamkan KEPERIBADIAN AKHLAK  yang baik dalam dirinya.
  • Allah amat sukakan orang yang menanamkan sifat TAWAKAL dalam dirinya setelah berusaha dan berdoa.


Last untuk entry kali nie~~>

"TERAPKAN DALAM MINDA ,ULANG DAN ULANG. TANYA KENAPA MESTI IKHLAS??COZ ITULAH SATU-SATUNYA CARA UNTUK HATI MENJADI TENTERAM. JIKA KITA TIDAK IKHLAS,SEMUA USAHA KITA JADI SIA-SIA KERANA ALLAH TIDAK AKAN MENERIMANYA"

Allahualam.
wassalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.



semoga bermanfaat...suka? like jer

Friday, April 29, 2011

Bila bosan..

Assalammualaikum..hye !!

Entry kali nie xla best sangat....hihi..Besa la,tyme aq bowing2 duk kat umah,aq blogwalking la.hehe(pemalsnya aq)....   .kebanyakan blog yang aq bukak,cerita sal cintan cantun jer..napa eh? ..aQ pun xtw..haha..cakap owang,aq apa kurangnya (sushnya zaman remaja ni,cinta binti cantun terlalu mempengaruhi mrka)..(eh,mana leh gitu,astaghfirullahalazim..dowang punya blog,dowang punya suka la kan?..hehe..p sllunya dowang wat gitu tuk diri dorang khususnya cz dowang nak igtkan diri dowang cz iman ni pandai turun naik(memandai nya aq wat tekaan sendri..hehe..jgn marah )..macam aq juga..hihi ...Aq rasa semua pemilik blog mst berpendapat gini~ "Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN" ....kan3?..xar..gini,sbnrnya,suma orang buat blog mst ada sbb yg tertentu..ada yg nak sampaikan dakwah(bgus ar,alhamdulillah),ada yg nak kongis2 cerita khdpan dowang..hihi(mcm aq kkdg)..ada yg nak tambah2 knln(xpa ar,asal jaga bats2,jagn la lain jadi nya dah la)..tapi apa pun tujuan seorang blogger nie..x kishla..yang penting niat ..(niat owang mana la kita tw)~bgi aq la kan.."Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya"..hurm...jauh menziarahi blog2 owang,jauh gak pengalamn aq dapat(best aper baca blog owang)....coz "kita tidak boleh mencipta pengalaman. kita mesti menghadapinya."..sambil aq ziarah blog owang sambil aq dengar lagu(best tw lagu yg aq dgr antranya satu cinta by star five,lagu opick,lagu maher zain~promote plak aq nie kan?)...hihi....xgak boring sangat..p aq xdgr lagu kat blog owang(lambat bha loading,tesekat-sekat lagu d buatnya..kan xbest gitu)..hihi..klw aq msuk blog owang..first skli mst stop dowang punya musik(buat gitu gak eh klw masuk blog aq,serius nie aq kata,lambat loadingnya....pastue aq follow,pastue baru komen kat shout..hehe..pastu baru baca2...pastue... pasthree la..(gurau jer),,,,,..tw x..kekadang bila tengok blog owang yang berjaya(maksud aq,yang banyak info bermanfaat,d tambah lagi blog tue cantik bak kate owang~tenang mata memandang)..tefikir(x aku yang fikir,aq copy paste jer..jgn marah aq ya?..) satu ayat pujangga..begini bunyinya~(eh,bukan bunyi..begini aq taip..ada tue kat bawah..teruskan mmbc)..hihi

 "Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat."..

jauhnya aq merapuh..ish3..xbaik kan?..mmg pun..

(hah! nie monyet pun angguk..dia kata xbaik tw merapuh2..hehe)
...jalan  punya jalan..terjumpa g satu ayat pujangga..apa lagi copy la kat sini..hihi 
“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan”(aq sokong sepenuh hati ayat nie..chewah!! )

ha! baru aku teringat..kan tadi aq cakap pasal bnyk blog yg aq jumpa tulis pasal cinta bin love ni..kan3?..aq nak cite sikit nie pasl cinta..sbnrnya aq xtw bnyk pasl cinta nie..p tulis jer la ~Cinta Monyet memang tak harus memiliki..(betul ka?,memandai ja aku kan..hehe)..aq maksudkn begini sbnrnya~Kalau tak mahu menerima cinta Monyet , biarlah kita mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta Monyet. iaitu “ Cinta Allah”.

nie aku ada cipta sedikit pantun(astaghfirullah,pandainya aq berbohong..la,supaya blog reader aq xbosan la~mcm yg  aq alami skg..)..termahal pantun nie..mendapat sambutan hangat di laman2 blog..apa lagi baca terus k...jangan senyum2..(xpa,senyum ja,aq xnampak pun..)


Cintakan bunga,(sedihnya..wat apa cinta bunga?),bunga akan layu,
Cintakan manusia,manusia akan mati,
cintakan Allah,kekal abadi

(owh no!!! )..nie x pantun kan?..hihi..

ignored it k..ni aq nak bagi sikit lagi tntg cinta nie~(sebelum tue,kamu ada lagu atas nama cinta by unic ka?,p playkan dulu..ikut cakap aku..cz cuba sambung baca,banyak perkataan atas nama cinta di bawah..ha! baca la dulu..jgn x baca pula)


Kita belajar makna cinta dari seorang ibu yang menyusui anaknya dalam dukungan. Kedua belah tangannya sibuk membetulkan selimut si bayi. Dalam dadanya tiada sesuatu selain ketulusan memberi atas nama cinta.(kenapa pula monyet ni duk fikir2 eh..betul la tue kan?..hihi..)

Kita belajar makna cinta dari seorang ayah yang membawa pulang sekarung padi dan sejag air setelah seharian berpenat-lelah di sawah. Dalam dadanya, tiada sesuatu selain kegembiraan memberi atas nama cinta.


Kerana cinta bukan hanya sekadar pelukan hangat, belaian lembut, atau kata-kata penuh romantis. Kita belajar apa itu cinta dari apa pun yang ada di muka bumi. Dari cahaya matahari, dari sepasang merpati, dari sujud dan tengadah doa. Dari apapun!

Pada semua kelahiran yang bersambut dengan cinta, hingga kematian dalam cinta, kita dalam hidup ini, tiada lain selain mewujudkan cinta.
Kerana itu, tiada yang boleh kita lakukan selain atas nama cinta kita yang teragung: cinta buat Yang Maha Agung, Allah SWT.




Apapun keputusan-NYA buat kita, Allah yang berbicara, yang menentukan untung-nasib kita, kerana setiap sesuatu yang menyedihkan itu ada hikmah-Nya.



~sebenarnya apa yang aku cuba nak sampaikan nie"perjalanan hidup kita di atur oleh cinta nan satu iaitu "Allah swt"..kadang-kadang sukar utk kita menduga mistri dan rahsia apa yang Allah beri dalam setiap dugaan yang kita tempuhi..tapi ketahuilah Allah maha penyayang lagi maha mengasihani",tempuhi dgn sabar..p/s~klw jatuh cinta..tanya pada diri,sanggup nak hadapi sbrg risiko? sanggup nak jauh dr Allah? sanggup nak jauh dr ibubapa? sanggup nak jauh dari realiti?sanggup nak buat dosa yang bertimbun ats sebb cinta?


sanggup nak lawan takdir illahi..kita kah yg penentu jodoh? 
kita kah sebaik-baik perancang?..jawapannya..tanya la diri sendri..p jagn pula sampai pening~







..
(menuntut ilmu kan satu kewajipan,lets together..rajin2kan membaca tentang cinta k..

agarkita berjaya kejar cinta illahi..insyaAllah..amin)
sampai sini la dulu...kita berpisah k.. coz

“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.” ..wassalam..


(buang yg keruh ambil yg jernih tw..maafkan saya,sebab saya budak baru belajar..hihi)..illal liqa..






semoga bermanfaat...suka? like jer

Teka-teki sengal...







1. Seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?

2. Pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?

3. Kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?

4. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?

5. Dalam banyak2 ikan,Ikan apa yg sentiasa sejuk?

6. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?

7. Buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?

8. Dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?

9. Lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?

10. Andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?

11. Emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?

12. Apakah solat yg ada 3 tahiyat?

13. Bagaimana utk naik haji jika x ade duit?

14. Apakah tempat yg terkecil di dunia?

15. Dalam banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat?

16. Dalam banyak2 ikan, ikan aper yang paling rock?

17. Dalam banyak2 lembu, lembu ape yang orang cari?

18. ada la seekor gajah ni, dia nk terbang, mcm mane la dia nk terbang agaknyer?

19. Di dalam banyak banyak teka-teki, binatang aper la yang selalu org teka?

20. Dalam banyak2 peragut, Peragut manakah yang takkan kena tangkap polis?



Jawapannyer:------------>>>>>>>>>
1. burung sedang tutup telinganya
2. daun teh
3. ikan jadi banyak sebab manusia x makan
4. meter bas
5. ikan jaket (gelaran utk ikan cencaru)
6. kerana anak itu perempuan
7. buah dam
8. ikan
9. mancis
10. umur anda
11. Anas
12. solat maghrib masbuk
13. main dam haji
14. setapak
15. bola golf
16. ikan goreng, goreng gitar beb, rockkk
17. lembu hilang
18. dengan bersusah payah ler..
19. teka turkey (ayam belanda)
20. Lembu tengah ragut rumput..


semoga bermanfaat...suka? like jer

13 Langkah hilangkan mengantuk dan tekanan

langkah 1

Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>


semoga bermanfaat...suka? like jer

20 fakta menarik lelaki dan perempuan

 Fakta Menarik Diantara Lelaki Dan Perempuan



1.Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam di waktu malam dari pada lelaki.

2.Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3.Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) saat mengandung bayi lelaki dibandingkan dengan bayi perempuan.

4.Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1,4 kg daripada berat otak perempuan.

5.Pembedahan mengganti alat kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.

6.Perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

7.Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara perbicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.

8.Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

9.Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

10.Kemampuan indra laki-laki untuk mengecapi rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada perempuan.

11.Lebih dari dua kali pada perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12.Pada saat usia tua perempuan mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).

13.Berpapasan dengan perempuan di jalanan, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dijumpainya. Perempuan pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14.Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % saja pada perempuan.

15.Lelaki lebih banyak memilih merah, dan perempuan warna biru.

16.Perempuan rata-rata 153 saat berada di toilet, lelaki 113 saat.

17.Satu berbanding empat, perempuan dibanding lelaki yang berbicara gagap.

18.Penelitian di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

19.Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20.Penelitian di England, kanak-kanak lelaki lebih mudah ditipu/diperdaya dibanding kanak-kanak perempuan. Kalau di Malaysia ENTAHLAH..


semoga bermanfaat...suka? like jer

9 tanda taubat diterima Allah

Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan :

1-Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )
2-Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.
3- Mesti sentiasa mendekati orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang jahat.
4-Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.
5-Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.
6-Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.
7-Sentiasa memelihara lidah.
8-Sentiasa bertafakkur.
9-Sentiasa sedih  dan sesal di atas perbuatan yang lalu


semoga bermanfaat...suka? like jer

Erti cinta

“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!”(Jalaluddin Rumi).


Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana
seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

semoga bermanfaat...suka? like jer

Pesanan bermakna buat muslimah

Wahai saudariku muslimah,
Jaga tutur kata kita; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Wahai saudariku muslimah,
Jaga juga tingkah laku kita; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Wahai saudariku muslimah,
Jaga pakaian kita sama; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal…Dia orang ISLAM.
Wahai saudariku muslimah,
Simpanlah secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman…


semoga bermanfaat...suka? like jer