Monday, April 25, 2011

stress!!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah atas nikmat hidup yang Allah berikan.
Bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup udaramu ya Allah. 

Dalam kesibukan kita mengejar arus kehidupan yang sangat laju,
pernah x kita terfikir untuk berhenti? 

Pernah x anda merasa stress atau tekanan yang sangat hebat?




Pasti antum antunna pernah merasa tekanan dalam hidup. 

Ada banyak sebab kita sering tertekan. 

Mungkin kerana peperiksaan, masalah kewangan, masalah persahabatan, dan banyak lagi la

 lau nak disenaraikan...mau abes page blog ni ..
saya mnulis ni bkn untuk saje2,tp,saya sering kali mgalaminya..

n sehingga satu ketika saya pernah terfikir untuk lari dari masalah2 itu..

tapi,semakin kita lari,semakin ia mengejari kita..saya suka ayat ssorang~"kita harus bdpn

 dgn masalah ,xnya lari dri masalah





Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Pernahkah antum antunna terfikir hikmah mengapa Allah jadikan masalah yang akhirnya 
memberi tekanan kepada kita?

Pernahkah anda merasakan bahawa dugaan yang diterima sangat berat dan tidak tertanggung? 
Mari sama-sama kita teliti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:286):



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai tuhan kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau Kami tersalah. Wahai tuhan Kami ! Janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada Kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."


Petikan dari surah ini menunjukkan Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-Nya. 
Allah menguji makhluk sesuai dengan keupayaan makhluk tersebut.

Sahabat-sahabat, 
Suka untuk saya bawakan satu dimensi berbeza untuk kita lihat tekanan dan ujian yang melanda diri kita. 
Saya nak kita sama-sama melihat bahawa tekanan dan ujian itu adalah hadiah dari Allah. 
Ya, hadiah dari-Nya. tapi bagaimana?

1) Tekanan yang Allah berikan boleh menjadi salah satu cara untuk mendekatkan diri   kita kepada Allah.




Sudah menjadi lumrah apabila kita berada dalam kesusahan kita akan meminta pertolongan. Tekanan sebagai salah satu masalah yang menimpa diri kita mampu membantu kita untuktaqarrub, mengadu, mengaku kesalahan dan kelemahan diri kita. 
Ya, Allah ingin kita mengadu kepada-Nya. 
Sedarkah kita apabila kita senang, kita sering melupakan nikmat Allah, jadi tekanan ini membolehkan kita mendekati Allah dan terus mengadu kepada-Nya.
subhanallah,amt bijak aturan Allah kepada kita yang sering lalai dlm kehidupan.

2) Tekanan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri.


Sedarkah kita apabila kita tertekan, ia mungkin berkait dengan pengurusan diri yang kurang baik? 
Saya sendiri jika berhadapan dengan tugasan yang terlalu banyak akan merasa tertekan. 
Bila difikirkan kembali, ia mungkin berkait dengan ilmu pengurusan masa dan kerja yang kurang efektif. 
Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah kekurangan ini dan memperbaikinya.

3) Tekanan menjadikan kita lebih tabah dan cekal.


Biasanya kita melihat ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anak dengan berjaya selepas kematian suami. 
Anda rasa, mengapa mereka berjaya? 
kerana adanya tekanan. 
Ya, tekanan menjadi 'driving force' atau daya penguat untuk mereka berusaha. 
Tekanan untuk memastikan yang terbaik diberi kepada anak-anak memungkinkan mereka terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah.


4) Tekanan sebagai medium menguji keimanan.


Firman Allah dalam Surah Ali-Imran (3:139):


"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

Lihat sahabat-sahabat sekalian, Allah memberikan motivasi langsung kepada manusia. Jangan berasa lemah dan jangan bersedih hati yang berlebihan. 
Kerana jika kita bersabar, melawan perasaan sedih dan setrusnya berusaha untuk bangkit, kitalah antara orang yang Allah kasihi.


5) Tekanan sebagai batu loncatan bukan sebagai batu penghalang.


Seringkali kita mendengar keluahan orang yang tertekan. 
Mereka merasakan bahawa masalah yang membawa kepada tekanan akan menyusahkan hidup mereka. 
Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat tekanan sebagai pemangkin kejayaan bukan sebagai pembantut. 
Bagaimana? 
Cuba kita bayangkan, andainya kita dapat mengubah tekanan yang kita rasai kepada tenaga positif, ia sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk kita berjaya. 
Dengan kata lain, kita "menekan" diri kita untuk cuba menyiapkan kerja sebaik mungkin dan tidak mengeluh. 
InsyaAllah ia akan menjadi kekuatan kepada kita. 
Bila kita diuji lagi, kita akan terbiasa dan mampu menghadapinya dengan baik.


Sedikit penambahan tentang ciri-ciri orang yang sabar yang dinyatakan Allah dalam Surah Ali-Imran (3:146):


"Dan berapa banyak dari nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."


Motivasi Allah kepada manusia: Jangan lemah semangat dan jangan menyerah kalah!



Satu perkara yang perlu kita sedari ialah, kelahiran kita di dunia ini adalah bukti kita insan yang terpilih untuk hidup di bumi Allah. 
Jadi, jangan jadikan tekanan sebagai perkara yang melemahkan kita. 
Merayulah , mengadulah, berdoalah kepada Allah, kerana dia maha mendengar dan memakbulkan permintaan hamba-Nya. 
Yakinlah sahabatku setiap ujian ada hikmahnya, kita perlu bersabar untuk menyaksikannya.

Sekadar ingatan buat diri ini jua.



semoga bermanfaat...suka? like jer

Hiburan dalam islam





Allah menyebut dalam surah Ali Imraan ayat 112 tentang dimensi sebenar hal kesenian dan kebudayaan ini: Mereka akan ditimpa kehinaan, kecuali berpegang teguh pada ajaran agama Allah
iaitu hablumminallah dan juga nilai-nilai kemanusiaan iaitu yang disebutkan sebagai hablumminannas. 
Soal muzik adalah soal budaya. 
Muzik bukan soal hiburan semata mata seperti yang difahami oleh anak muda kita sekarang
ini. 
Ia lebih dari itu.





 Oleh kerana muzik telah ada pada bangsa-bangsa bukan Arab juga, maka adakah
kerana Islam datang kepada mereka, muzik itu

harus dibasmi?




Dalam Islam, muzik ini untuk membebaskan kita dari dunia kebendaan, supaya dapat bebas dari
hal-hal sementara yang ada di dunia ini dan menginsafkan diri kita justeru membawa kepada
hal-hal yang lebih abadi. 
Sayang sekali segelintir anak muda kita, mengejar muzik yang kosong.
Malah mereka itu menyangka muzik sematamata hiburan dan keseronokan. 
Mereka tidak nampak muzik itu rapat dengan jiwa, dan jiwa
yang tenang membawa kepada Tuhan. 
Muzik yang mereka dengar itu malah tidak dapat membawa kepada Tuhan.
Anak-anak muda di luar yang gila benar mahu menjadi bintang dan idola itu bukan sangat reti
mengenai perkara ini. 
Anda tentu terkesan yang mereka hanya nampak kemewahan dan kemasyhuran
menanti. 
mereka tidak tahu sepicing pun mengenai muzik merawat mental juga emosi. 
Anda harus lebih tahu daripada mereka yang irama muzik sangat berpengaruh menumbuhkan emosi apatah lagi keadaan mental. 
Muzik tentu sahaja dapat menjadi terapi kejiwaan.
Tidakkah mereka  tahu yang muzik menjana kelenjar pineal mengeluarkan
hormon melatonin. 







Inilah jenis hormon yang berfungsi untuk menenangkan manusia. 
muzik seumpama rock yang iramanya berfrekuensi lebih dari 12 hz akan hanya mendorong pendengar menjadi agresif, radang, baran dan merosakkan kesihatan dengan melajukan detak
jantung. 
Sedang irama ney misalnya (sejenis serunai orang sufi: sila baca novel Advencer Si Peniup Ney) itu frekuensinya seputar 8 ke 10 hz, 
justeru temponya yang tidak pantas menjadikan fikiran tenang dan memberi santai di jiwa. 
Tidak hairan juga kalau irama yang berfrekuensi 4 hingga 8 hz, itu membuatkan orang lagi cepat tidur.
Anda harus lebih tahu daripada anak-anak muda yang mahu sangat menjadi bintang dan idola di luar itu.


Ini ada benarnya hinggakan satu masa dahulu terdapat pasukan muzik di rumah sakit Sultan
Beyazid kedua di Edirne wilayah Turki Othmaniyyah. 
Bukankah mereka menggunakan haruman dan irama sufi sebagai terapi rawatan untuk pesakit.
Anda yang belum pernah mendengar hal ini tentu sekali kini menjadi lebih berpengetahuan bahawa Islam menawarkan muzik lebih daripada untuk keseronokan. 
Lama sebelum perang Akkerman, dalam tahun-tahun 1480an ketika bangsa-bangsa barat masih jahil dan belum mengenal gitar 
apatah lagi organ atau sains dan seni muzik, Sultan Beyazid II telah menubuhkan sebuah kompleks
kesihatan di Edirne, menggunakan bunyian air, muzik dan wangian daripada bunga-bungaan untuk merawat orang-orang yang tidak sihat.




Justeru muzik dan menjadi pemuzik itu satu kerja mulia yang memberi perkhidmatan untuk kemanusiaan
tetapi muzik hari ini dan segala macam program mencari bakat baru itu apa sumbangannya
kepada kemanusiaan? 
Tetapi masa kini mereka terlalak-lalak mengaku bahawa kami adalah penyumbang kepada kemanusiaan?
...tetapi muzik hari ini dan segala macam program mencari bakat baru itu apa sumbangannya kepada  kemanusiaan



Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur
sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT. 
Tujuan garis panduanini di sediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah
SWT. 


Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri
fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian
asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum- hukum syara’.


GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM





1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, 
memburuk- burukkan Rasulullah SAW, 
melekehkan para sahabat, 
meragui hari kiamat dan pembalasan 
dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub
kepada wanita.


Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa
yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya:


“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap
akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan
masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas
akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah
engkau dihalangi daripada mempercayainya
oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta
ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu
engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)




2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hakhak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.


“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya,  kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)


3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan
maksiat dan dosa.
Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:


“Dan apabila mereka mendengar perkataanyan g sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.”
(surah Al Qasas : 55)


"Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.


5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang  menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yangdisampaikan  adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram. Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:
 “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.”

(surah Al A'raf : 26)




Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: 
“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” 
(Hadis Riwayat Muslim)


“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikanwani ta sebagai penyanyi (penari-penari), alat alat yang  melalaikan(muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)


6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya. 


Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: 
“Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” 
(Hadis Riwayat Baihaqi)


7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalanganle laki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. 
Ini adalah bagi mengelak segala fitnahdan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.


Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” 
(surah Al Ahzab : 32)


Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda;
Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan
nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. 
Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: 
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama
Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” 
(surah Al Lukman :6)




Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.
KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab
Islam. 
Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk
industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. 
Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW








semoga bermanfaat...suka? like jer

Aurat wanita

1 . Bulu kening
 Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "

 Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

 2 . Kaki ( tumit kaki )
 " Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau
    mengangkatnya
    agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
 An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

 3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
 kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap
 melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
 Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

 4 . Dada
 " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
 dada-dada mereka "
 An-Nur : 31

 5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
 dikikirkan giginya "
 Riwayat At-Thabrani

 " Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,
yang
 merubah ciptaan Allah "
Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher
 " Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
 menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
 b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
 leher seperti orang Jahilliyah




7 . Muka dan Tangan
 " Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang
 tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang
 telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
 pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari

 8 . Tangan
 " Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
 menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
 Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya "
An Nur : 31

 " Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu
hanya
 boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak
dibenarkan "
 Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )
 " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga
 berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32
 " Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan
yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)
dan
penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
Riwayat Ibn Majah

 11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan
 berzina ) "
 An Nur : 31

 " Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan
 Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya ,
maka
 masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
 Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah
suaminya
 , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
 Allah "
 Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

 12 . Pakaian
 " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan
 memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
 Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

 " Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang
 berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain
untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan
 mencium baunya "
 Riwayat Bukhari dan Muslim

 a ) Berpakaian tipis / jarang
 b ) Berpakaian ketat / membentuk
 c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

 " Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu
dan
 isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju
 labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .
 Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha
 penyayang "
 Al Ahzab : 59

13 . Rambut
 " Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
 rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia
 tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
 mahramnya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya
 , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit
matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

semoga bermanfaat...suka? like jer

Checklist 20 Tabiat Membuang Masa





Pastikan anda tidak mempunyai sifat-sifat ini.

Tidak mempunyai matlamat 
Tidak merancang kerja 
Tidak melaksanakan rancangan 
Menangguh-nangguhkan kerja 
Menunggu hingga ke saat akhir 
Kerja ringan buat ramai-ramai 
Menunggu orang yang tidak penting 
Mengikut kawan tanpa tujuan sendiri 
Buat terlalu banyak kerja dalam satu masa 
Bekerja apabila disuruh sahaja 
Tidak pandai menyimpan barang sendiri 
Tidak guna alat yang memudahkan kerja 
Malu bertanya 
Belajar ditempat yang tidak sesuai 
Belajar pada masa yang tidak sesuai 
Membebel 
Membuat kesilapan yang sama 
Tengok TV terlalu lama 
Mengelamun 
Bersembang kosong.

p/s:ingtan buat diriku jua..moga kita sentiasa muhasabah diri 

semoga bermanfaat...suka? like jer