Tuesday, April 26, 2011

Doa untuk ibu bapa

Bacalah Basmallah dulu ye..


Segala puji bagi Allah, yg telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibubapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Merendahkan diri menghormati mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihani ,mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil.
Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapa kami (3kali ulang), dan ampunilah dosa mereka, Redhailah mereka dengan keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.
Ya Allah ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Engkau hapuskan dosa-dosa mereka yg terdahulu dan kejahatan yg mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dengan rahmatMu yg dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur. Engkau amankan mereka pada hari Kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.
Ya Allah!, kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihi kami semasa kami masih kecil.
Ya Allah!, peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka.
Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari Kiamat, Jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh, sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di Negara kemuliaanMu (syurga) di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bersama orang-orang yg telah Engkau kurniakan Nikmat.
akhiri doa ini dengan selawat ke atas Nabi saw dan ucapan Alhamdulillahi rabbail ‘alamin..



semoga bermanfaat...suka? like jer

mama..aq sayang mama kerana Allah

Cinta buat ibuku..

Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta,

Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu

Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu,
dengarlah wahai ibuku,
ibuku yang ku panggil mama,
xcukup kata2 indah yang menggambarkan dirimu ,
kerana engkau amat teristimwa dalam hati ku setelah Allah n rasul
ma,aq rindu mama,
ma,aq sayang mama
ma,aq suka masakan mama,
ma,aq suka ketabahan pd diri mama,
ma,aq suka kesabaran mama,
ma,aq rindu nasihat dr mama,
ma,aq rindu belaian lembut tangan mama,
ma,aq rindu suara mama,
aq bangga ada ibu spt mama,

aq gembira krna mama sellu ada utkku d msa sush n sng,
mendengar luahan hatiku,
mendengar celoteh bicaraku,
mendengar esak tangisanku,
ma,nilai jasa mama tiada bandingannya dgn apa pun,
bg driku,engkau salah seorang ibu yang amat terbaik d hatiku,
ma,aq sayang mama,
aq sayang sgt dengan mama,
aq rindu sgt dengn mama,
aq sayang mama krna Allah,
kerana Allah lah yang takdirkan mama utkku,
Allah takdirkan mama utkku di dunia dan insyaAllah di akhirat,
ma..aq tahu,


Allah lah yang lahirkan perasaan sayang dan rinduku pada mama,
walaupun hakikatnya aq sayang ,n rindu mama setiap detik ,saat,minit,dan masa, 
dan kkdg aq merasa aq xbleh hidup tanpa mama,
namun aq mahu mama mengerti..
maafkan aq kerana aq tidak boleh menyaygimu melebihi kasih sayangku pada illahi,
maafkan juga kerna anakmu ini tidak boleh merinduimu melebihi rindunya pada illahi,
ma..ummi..ibu..
dengarlah janji ankmu ini,
walaupun aq xthu smada ianya boleh aq tepati atau tidak
aq hanya mampu berkata InysaAllah dan berdoa utk kesejahteraan n kebhagiaan mama,
ma,walaupun ankmu ini xpandai bahasa arab tapi ankmu ini tetap ingin mencuba
ummi ~~Uhibbuka fillah hatta fil jannah abadan  abada



semoga bermanfaat...suka? like jer

50 tanda orang munafik

1 Malas beribadah kepada Allah SWT

2 Lupa kepada Allah SWT

3 Melalaikan solat fardu

4 Mempercepat mengerjakan solat

5 Gemar meninggalkan solat berjemaah

6 Meninggalkan solat Jumaat

7 Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

8 Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi

9 Menyembunyikan ilmu pengetahuan

10 Riak

11 Hasad dengki

12 Dusta

13 Mungkir janji

14 Bakhil

15 Fitnah

16 Mencaci maki

17 Mengumpat

18 Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya

19 Mengingkari takdir allah

20 Mempersenda kesucian agama

21 Enggan berjihad di jalan Allah SWT

22 Menghina sahabat Rasullullah SAW

23 Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar

24 Menangguh pembayaran hutang

25 Menipu dalam jual beli

26 Ghasab

27 Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran

28 Memakan harta anak yatim

29 Membuka rahsia orang lain

30 Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa

31 Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai

32 Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam

33 Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang

34 Bermuka-muka

35 Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya

36 Sombong diantara sesama manusia

37 Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah

38 Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim

39 Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup

40 Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah

41 Keluh kesah apabila ditimpa musibah

42 Mengkhianati sesuatu amanah

43 Memutuskan silaturrahim

44 Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin

45 Menghalalkan perkara yang haram

46 Membuat kerosakan dimuka bumi

47 Menuduh orang beriman bodoh

48 Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah

49 Bersumpah dengan selain nama Allah SWT

50 Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman. 


semoga bermanfaat...suka? like jer

Dapat surat cinta!!! ish3..x aku..read la dulu

dipetik dari blog~bawa hatimu kepda tuhan




Assalamualaikum w.b.t..


semoga anda semua sihat di samping keluarga tercinta..alhamdulillah, kesyukuran berpanjangan dipanjatkan utk Pemilik segala isi langit dan bumi.."ya Allah, Tuhan sekalian alam..hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.."
sahabat-sahabat yg dikasihi..



Ape kate kali ni kite bincang2 sikit fasal surat cinte??huhu..mcm jiwang jer entry kali ni..hehehe..neway, xpe, yg penting bahagia..eh, ape ek perasaan anda apabila menerima surat cinta dr org yg teristimewa??(email,sms pun surat kan; surat elektronik)


"uih, best siot!!"
"bahagia duh hati aku.."
"mesti la masyuk giler!!"
"bukan senang oo nak dapat..hidup aku makin ceria!!hehe.."



huhuhu..mungkin itu diantara jawapan2 yg mungkin kite akan dengar apabila soalan di atas diajukan kepada sesiapa yg pernah menerima atau mengalaminya.

.
agaknya, dimana anda menyimpan surat cinta itu??



"wah, aku simpan dalam fail khas..siap hias2 dgn bunge lagi.."
"aku simpan dalam laci stadi aku..nak tiupkan semangat time stadi!!"
"aku simpan je dalam inbox email aku..xkan nye aku delete.."
huh..jawapannya pasti special..maklumlah, org special yg kasi..
"weih, kalau aku bace kan, surely hati aku tersentuh..uh, unexplainable...hanye org yg pernah mengalaminya boleh explain..serious doh!!"


huhu..kalau ikutkan pengalaman sendiri pun, hati ini mudah tersentuh apabila mmbaca surat cinta manusia..kadangkala ia menghayalkan dan kadangkala ia mmberikan semangat..tetapi, apa yg pasti, perasaan itu bukannya lahir dari mata hati tetapi ia lahir dari mata NAFSU!! nauzubillahiminzalik!! cukuplah kesilapan lalu..


ok, soalan seterusnya..kerap tak anda membaca surat cinta yg anda terima itu??



"kerap dong!!"
"kalau teringat akan dia, pasti suratnya aku baca.."
wah wah wah..bukan main lagi..hehehe..
baik...sahabat-sahabat yg disayangi...


jika anda memiliki sebuah kereta bmw, siapakah yg paling menyayangi atau menyintai kereta itu??ayah anda?ibu anda?adik anda?atau diri anda sendiri selaku pemiliknya?ermmm..rasenye org yg normal pasti akan mengatakan bahawa si pemilik-lah yg paling mencintai sesuatu yg dimilikinya...jadi, siapakah yg paling mencintai anda selaku seorang manusia di atas muka bumi?? pastilah pemilik manusia iaitu Allah s.w.t...kan?? adakah anda sedar bahawa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran utk manusia sebagai surat cintaNya 
kepada kita??




yg mana satu lebih agung,lebih hebat??surat cinta dr cewek,pacar,awek,balak atau surat cinta dr Maha Agung?????
sahabat-sahabatku...sayangnya Allah kepada kite selaku hambaNye..Allah berikan kita surat cintaNye sebagai petunjuk..


sumber kebahagiaan..panduan..ke arah kejayaan dunia dan akhirat..ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yg tak terhingga hebatnya, yg tak terbayang di mate dan kepale...namun, selama ini, kebanyakan drpd kita lebih mengutamakan surat cinta dr manusia dan sering mengabaikan surat cinta dr Allah..benar kan??


                                                                            

seringkali kita merasa berat hati utk manatapnya..inikan pula mmbaca dan menghayatinya..lihat di rumah2 kita, banyak Al-Quran yg berhabuk, terbiar kerana sudah lama tidak disentuh..mungkin ada yg mengatakan bahawa terlalu banyak Al-Quran di rumah, tetapi mengapa anda tidak mmbersihkannya drpd habuk??mengapa???bukankah ia boleh di wakafkan kpd org2 miskin atau masjid2??



sahabatku,
sudah berapa lama kita mengabaikan surat cinta Allah?? sudah berapa lama kita tidak mmbacanya dgn sepenuh hati??bayangkan, jika nyawa kita ditarik ketika selama ini kita mengabaikan surat cinta Allah dan mengutamakan surat cinta manusia, ketika kita lebih suka mmbaca komik,majalah hiburan berbanding surat cinta Allah??



Apa salah Allah kepadamu??Allah menurunkan Al-Quran supaya kamu hidup bahagia tetapi mengapa kamu mengabaikannya??
jika anda mengatakan bahawa jiwa anda tersentuh apabila mmbaca surat cinta dari org tersayang, sudah berapa lama jiwa anda tidak bergetar tatkala mendengar nama Allah dan ayat-ayatNya???sudah berapa lama???Allahuakbar!!!lemahnya iman kita.

.

"sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal." 
~surah al-Anfal,2~



sahabat-sahabatku semua..
marilah kita bersama2 meminta ampun drpd Allah kerana kita sering mengabaikan surat cintaNya..kerana kita kerapkali lalai..
                                                                                                    


"ya Allah, ampunilah dosa2 kami..kerana kami lebih mengutamakan surat cinta manusia daripada surat cintaMu..ya Allah, ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami..berikanlah cahayaMu..terangilah jiwa kami dgn nur-Mu


..begitu byk jalan ke arah syurgaMu yang Kamu tuliskan di dalam surat cintaMu tetapi kami sering melupainya dan menganggapnya tidak penting bagi kehidupan kami..ya Fattah, bukakanlah mata hati kami!!ya Tuhan yg Maha Pengampun, ampunilah dosa2 kami..!!


"

sahabatku,
marilah kita bersama2 mmperbaiki diri..dari semasa ke semasa..sedikit demi sedikit..jgn biarkan kesalahan lalu diulangi oleh generasi kite akan datang.."ke arah melahirkan generasi Al-Quran yg mencintai dan dicintai Allah",amin...Allahua'lam..moga Allah sentiasa mmberkati kita semua..


~bangunkan potensi spiritual anda!~


semoga bermanfaat...suka? like jer

Hati ini milik sape???????????


                                                         

Pernahkah kita rasa terlalu sedih lalu kita tersedar segala kesedihan itu bukan kerana Allah SWT. Kita bersedih bukan kerana kita makin jauh dari Nya atau kita merasakan dosa-dosa kita terlalu banyak untuk kita meraih cinta Nya.


Pernahkan kita rasa terlalu marah hingga air muka kita berubah; tiada lagi senyuman, jiwa kita terasa menggelak lalu lidah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah SWT. Adakah ketika itu marah kita kerana Allah SWT; kita marah kerana Allah dipandang rendah atau mungkin kerana Islam dipandang hina dan sebagainya.

Mungkin tidak selalu kita tanyakan soalan-soalan begini pada diri kita. Dibulan dan saat yang mulia ini, marilah kita tanyakan soalan-soalan tadi pada diri kita supaya kita tahu hati kita ini milik siapa. Tangisan dan tawa kita untuk siapa? Marah dan dendam kita milik siapa?

Marilah kita mencari pemilik hati ini agar disaat kita kembali kepada Allah SWT nanti kita tidak menangis kecewa kerana kita baru tersedar, rupa-rupanya hati yang berada di dalam jiwa kita ini, hati yang selalu kita kisahkan hingga kadang-kadang kita tidak lena tidur dan thilang selera makan serta hati yang kita belai, kita pupuk dan kita sayangi ini sebenarnya bukan milik Allah SWT.

Ketika kita melihat begitu ramai manusia di Pudu Raya, cuba kita tanyakan pada diri kita, rasa-rasanya ada berapa ramai yang dihati mereka ada Allah. Mungkin kita boleh ubahsuai soalan ini untuk diri kita; Ketika kita sibuk menguruskan kehidupan kita, ketika kita sibuk dengan urusan belajar atau kerja kita, berapa minitkah hati kita benar-benar merasai kehadiran Allah SWT. Bahkan kalau disemak-semak, mungkin ketika solahpun kita tidak benar-benar ingatkan Allah SWT.

Ada satu penyataan yang membuatkan saya menangis “Cuba kita bayangkan, apabila kita bertakbir untuk solah lalu Allahpun memandang kita dengan pandangan rahmatnya. Allah memandang pada hati kita dengan penuh kasih sayang tetapi kita memalingkan hati kita ke arah lain.” Bukankah ini yang sering berlaku, ketika solat pun kita tidak mampu benar-benar menghadapkan wajah kita pada Dia yang menjadikan langit dan bumi apatah lagi ketika kita sibuk dengan urusan kehidupan kita.

Baru baru ini, seorang ustaz ketika di awal Ramadhan mengajak pelajar-pelajarnya, “Marilah kita tinggalkan segala kata-kata dusta kerana Allah tidak harapkan kita berpuasa sekiranya kita masih lagi berdusta. Marilah kita berkata benar pada diri kita. Bukankah selama ini kita banyak berdusta pada diri kita. Kita berikrar setiap kali kita selesai takbiratul ihram ‘Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang menjadikan langit dan bumi, dengan suci hati dan penuh ketundukan’ tetapi hati sedang tertumpu kepada selain Allah SWT. Allah memandang kearah kita ketika mendengar panggilan kita tetapi kita yang sombong lalu memalingkan hati kita ke arah lain. Tidak takutkah kita dengan teguran Allah SWT diawal surah Al Baqarah; “Dan diantara manusia ada yang mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan (padahal) bukanlah mereka itu orang-orang yang beriman. Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang beriman padahal tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri tetapi mereka tidak terasa” Bukankah ayat ini menggambarkan golongan Munafiq.? Jadi berapa lama lagi kita nak menipu Allah SWT dan menipu diri kita sendiri?




semoga bermanfaat...suka? like jer

mood tulis tentang couple ja hari ni.hihi..just utk perigtn

apa perkara yg bermanfaat drpd couple?


1) seronok (dpt fitnah) glamer tau..(glamer dgn benda2 x baik)


2)seronok (dpt dosa)bincang masalah masing-masing macam orang dah kahwin la pulak.uhuk2
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)


4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada).. luah jgn x luah


5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..masuk tenet duk berjam2


6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..) yups kalau solat pun cam lipas kudung sbb takut awek majuk..ihik2


7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)


8)kdg2 muram sbb bergaduh ngan awek..padan muka lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)sanggup
utamakan awek..serius gila bila kita terserempak dia duk dating. Kita macam nak telan jer.Renggang dgn kawan2 kerana couple


9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... ) fuyyo

(tguk gambar jap eh,nnt skit mata tguk bnyk tulisan ..hihi)



10)lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..
hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;


11) byk sek./ipt/pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak. serta kurang bendungan dr mak ayah yg ingat anak dia baik sgt


12) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. 

pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. hahah..yelah tu..
13) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. patutla ada karan rupanya antara dua jenis ni. 

Hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada sesetngh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . 

betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...
(sekadar hiasan)


14) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan perkara yg tidak elok.. ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 ,,pukul2..,merengek mcm budak kecik..kdg2 tu menyampah tgoknye..

tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, Alghaayah la tubarrirul wasiilah..

sebagaimana hadis Rasulullah yg bermaksud: Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih) 


Allahu 'alam..di ambil dari ~blog cerita dari Qalbi

semoga bermanfaat...suka? like jer

Post tentang cinta la hari nie






Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu..
adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja..
tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..
Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal..-

Buat adik2 dan sahabat2 sekalian...

Cinta..

da lme x mnyoretkan tntg cinta..
ape itu cinta?


jom kite selami..tp jgn alami yer..




ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri...

ya memang susah nak membuang cinta..
knp yer?
sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2.. 
sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecuali utk orang2 yang Allah berikan kekuatan..
sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu.. 


Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165
(bukak Quran dan baca lagi best sket) : 






Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...

Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah.. 

dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..
-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macam
kita menyintai Allah...
Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya?

Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...
bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..astaghfirullah..
Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat...ye x?
dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman.. 
lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia,selama dia buat baik...
Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..
dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...



Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...
nak buat pe cemburu?
dengki sebab die ade buayafren?
mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..
mereka dibelenggu perasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..
kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..
kenal cinta Allah..
kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasi
segala2nya..( Al-Anfal:2)
SAYANG jika...

jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..

SAYANG jika...

jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..

Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah...

perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...

Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..

> akan mengeffect anak2 kita...
> cucu cicit kite...
> dan keturunan2 kita....

Wal iyazubillah....

Bukan takde cara nak approach teman hidup..

jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...


TAKUT TERLEPAS JODOH...? 

bukankah Allah telah menyakinkan kita...
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)



Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ? 
Mmg susah nak mengawal hawa nafsu.
Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite ni, hidup di negara omputih,maksiat berlaku di depan mata merata2...
kehendak hati sentiasa bergelojak... kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak mampu...berpuasalah...
kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...
Ikat hati kite dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan...dan sebaik2 bekal adalah taqwa... ( Al-Araf :201) 
sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali....


Marilah sama2 kite menjaga hati kite...

Bersabarlah wahai para pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda...
Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... 

tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu.. 
Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal....
tu je qalam untuk hari ini....sekadar meluahkan rensa hati yang galau melihat sahabat2 dan adik2 yang dicintai bergelumang di dalam kancah yang serupa..
Apatah lagi apabila cinta itu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, dating, etc etc...
Sahabat2 sekalian, nasihatkan aku juga dikala aku terlupa ( Al-asr 1-3) 
jika kau menyintai nasihat, maka nasihatkanlah aku setiap masa..



wallahu a'alam..di petik dari~blog bawa hatimu kpd tuhan




semoga bermanfaat...suka? like jer