Wednesday, April 27, 2011

Cerita cinta ku

surah Al-baqarah ,ayat 209~

" sekiranya kamu tergelincir daripada iman selepas kebenaran datang ,ketahuilah       sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi maha bijaksana"


Assalammualaikum blog reader ..Bismillahirrahmanirrahim
nie nak citer n kogsi  sikit..
sedih pula tetiba ...xtw la sebab utamanya apa..perasaan tue becampur2..sedih cz  tetiba terigt ngn satu mesej yg pnh aq hantr kat sorang llki dahulu kala  yg pnh nytakan hasratnya nak jdkan aq nie pndmping hdupnya :

mesej reply  dr aq di saat dia cari aq semula sedangkn xda hubgn lg~

 "waalaikummussalam ..saya xbrni mw ckap apa2,buat masa nie biarlah saya mencintai Allah,rasul,ibubapa n keluarga saya..saya xtw jodoh sya sepa..saya xtolak  dan x juga terima,cz saya xthu lagi siapa jodoh saya.. n buat masa nie juga ,awk xpayahlah fikir hal couple2 nie..awk sndr thu kan yg couple tue haram?,jadi saya tahu awk past faham..janjilah pada diri awk n janji pada Allah,awk mst fokus dgn stdy n dktkn dri dgn Allah..fokus lah pd stdy ja k..jgn tllu fkir sgt..kita merancang,Allah juga merancang,,dan sebaik-baik perancang adalah Allah..jodoh,maut,rezki,sumanya d tgn Allah..mst yakin tue..bagi saya ,saya nak cari suami x couple,cukuplah saya pnh mlkukn kslhn dgn trma cinta dr awk dulu ..jadi saya xnak bg awk harapan dan taknak berharap..biar masa yg menentukan..itu lah last mesej antara aq n dia..

Renungi firman Allah s.w.t :

Katakanlah: "Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Zumar 39:53)



sejak dari peristiwa tue la..aq mulai bertekad xakan menerima cinta sebelum nikah (itulah prinspku wlwpun org kat sekeliling aq bnyk yg duk asyik bcinta, p aq xkisah..cz ada orang yg lagi cintakan aq iaitu illahi)..aq mula memperbanyakkan kajian tentang couple2 nie..aq mst bsdia dgn apa yg bakal org tanya tntg couple2 nie..kkdg aq rasa sepa la aq nie d bandingkan dengan muslimah di luar sana yang jauh lebih baik dr diriku..banyak kesalahn yg aq lakukan..wlwpun aq dan dia hanya couple dlm masa yg singkat,xpnh kuar bsama..n xpnh jumpa,xpnh aq tguk gambr dia,p dia pnh tguk gambr aq..p kesannya mmg sukr d lupakan..itulah yg aq akui ..ia sebuah pengalamn yg benar2 mengajar aq..n menguatkan aq..n Alhamdulillah..aq boleh lupakan dia..aq bahagia dengan kasih sayang dan peluang yang Allah berikan pada ku utk berubah..banyak lagi benda yang lebih penting aq plu fikirkan skg ..apa yang aq tahu,aq mahu berubah menjadi terbaik utk Allah,rasul ,ibubapa n keluargaku..kkdg aq selalu bermonolog sendri~


"kenapa aq terlalu mengikut kata hati?
"apa yang aq dapat???"
bukankah salah ku sendri?
salah aq sendri!!!
lupa akan pesan illahi..
kerna cintaNya cinta hakiki..kekal selama-lamanya...
cukuplah cerita cinta @couple2 nie sampai d sini!!
cukuplah selama nie aq buta sendri!!!
cukuplah sekali aq terluka!!!

follow
"jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian dri kmu,tetapi ats sebab2 tertentu dia terpaksa pergi,jangan terlalu sedih,yakin Allah tetap ada utk mendengar segala luahan kita..Allahlah sebaik-baik penolong..Allah jualah pendengar yang setia..


pktaan di ats  la yg selalu bermain d onak fikiranku. dan membuatkan aq melangkah dengan longlai dan menangis seorangan  hingga aq dapat memrangi perasaan ku sendr..kwn2ku~


"Tiada manusia yang tidak berdosa, kecuali para rasul dan nabi yang mulia..."
Dalam surah al-fatihah ayat 5 dan 6 ada menyatakan ~"engkau sahajalah (Allah) yg kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan...tunjukilah kami jalan yg lurus"

"kalau kita sukakan seseorang ,jangan beritahu dia,nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi ..tapi luahkan pada Allah,beritahulah pada Allah ..Allah maha tahu jodoh kita siapa..dan siapa dia ,siapa kita"

sahabtku sekalian~"Allah maha berkuasa,ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita"tetapi yakinlah dengan kekuasaan Allah..what u give ,u get back..setiap apa yang kita lakukan niat dan keikhlasan tue yang penting...Allah maha mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati kita..tahu tak!!! yakin! yakin! Allah sendri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati..jangan merungut...Allah berhak mutlak ke ats hati kita ..sesungguhnya iman itu umpama debu,jangan biar ia hilang.."bukan siapa yang berkata tetapi apa yang d perkatakan..."


semoga bermanfaat...suka? like jer

Suprise!!!!!!!! Are u Happy ??



..Bismillahirrahmanirrahim ...hurm..mcmna nak stat eh?..hihi..gini,kemarin wish birthday kawan kat fb..tetiba terigt pulak ngn suprise yg kengkwn sekelas aq wat kat aq tahun leps..amatlah sush utkku lupakan suprise yg dorg wat..aq igt lagi hari tue aq kira terlambat dtg ke sekola..bila aq sampai jer..xda sorang pun wish birthday aq..(xlah nak mengharap,tapi rasa pelik..sedih pun ada..p ignore jer la~hatiku berbisik..)

dengan rasa sedih,aq pun trus duduk dan meletakkan begku ke kerusi ..dalam pada tue,aq membuka sembunyi-sembunyi beg aq..(tw x,hari tue aq bawa handphone ke skola..ish3..nakalnya aq....ada reason aq wat mcm tue, senang mum aq kol aq,cz masa tue kwsn umah aq banjir n aq  mmg nak kol kak aq)..di permudahkan crta,kwn sebaris tempat aq duduk nie si anna carina ternampak rupanya aq bawa handphone,p aq xperasan pun dia nampak..hihi

suasana kelas n sesi pembelajaran hari tue pelik semacm,awl2 pagi lagi aq lihat banyak kwn2 perempuan kat kelas aq xdak..xtw p mana..terutamanya kwn sebaris aq duduk nie la (si anna carina dan si wani)..aq tanya2 kwn aq yg len..durang ckp ,si wani n anna jumpa tcher ada hal kokum dorang bincgkan..aq hanya mengangguk..sesi pembelajaran berjalan seperti biasa...wlwpun ada gak rasa sedih cz pelik binti hairan aq d watnya cz xda org wish birthday aq..sampailah masa ,guru kelasku teacher adeena,dengan reaksi muka yang serius,mcm kelam kabut,masuk dalam keadaan risw, tyme  tue teacher aq umumkan ,bhwasanya guru disiplin menyuruh semua guru kelas buat spotcheck mengejut ..(dengan muka seriusnya,dengan muka bimbgnya,tcehr suruh kami suma angkat beg ke ats meja,~kami suma pun rasa takut,dorang yg lain x la...aq lah takut brbis takut tyme tue...hahaha..buat salah mmg la takut..trus aq ckp bisik2 ngn urg sebelah aq nie..wani,anna,n bnyk g..cmna nie?? dorng kata  ~knp?..."aq bawa handphone"..



(hiasan sedikit~dorang betiga la perancg utama suprise hari jd aku)

masa tue teacher sedang cek beg orang lain sambil berkata"teacher xmw ada yang menipu,kalw ada bwa benda yg d larang seperti  handphone ka, n lain2,bgus serahkan sekrg"..di cepatkan crta~sstgh kwn aq suruh aq sembunyikan handphone aq..jgn bgtw..p aq mcm mw juga bgtw..sampilah giliran aq..teacher check betul2 beg aq..tanya aq berabis.."betul nie xdak bw benda telarang ke skola???..huh!!!! takutnya aq tyme tue..xpnh nie aq kna gitu..kwn2 aq seolah2 bpsn pd aq supaya ckp jgn la bgtw yg aq ada bw handphne..tcehr pun pcya jak la..suma kgkwn aq bkumpul kat blkg ..enth pa durang wat..p aq langsung xperasan..apa yg aq wat..aq duduk..aq fkir..xbgus gini..mst gtw juga..sstgh kwn2 aq melontrkan pndptnya~bagitahu ja..teacher kita kan spoting..lgipun kita mw spm thun nie..xbaik menipu..x ku endahkan apa kwn2 aq wat kat belakang..x ku pandg pun org lain..pa yg ada kat fikiranku..mw bgthu ke x?..dengan berat hati cz aq tw handphone aq akn d rampas n hujung tahun bru boleh ambil..aq pun mengaku.."teacher,saya ada bw handphone"...di perceptkan lg crta.."tcher ckp g..nak wat apa nie ngn handphone nie?..teacher btnya pd rakan sekels ku.."apa lagi ,dorang suppot la aq nie kununnya~teacher,dia budak baik,xpnh bwa handphone ke skola,mybe dia ada sbb..,dia xpnh wat msalah kat skola,n mcm2 lagi la kwn2 aq ckp.. teacher pun ckp~"tapi ini melakukan keslhn..tcher harus bg guru disiplin!!"..aduh!!..hati ku berdebar..xpnh ku bdpn ngn guru disiplin ats dsr mlkukn kslhn..mataku mula bergenang air..smkin tknn aq dgr 
apa yg tcher ckp..(rupanya dorang sengaja nak wat aq nangis)..sengaja bg tkut2 aq..smpailah"kwn aq c wani,"tcher jgn la..ples jgn bgtw cikgu disiplin..cz..kan..kan..kan..hari nie hari jadi dia!!!!..terus mengalir airmata aq..trus dorang letak kek birthday yg dorang wat sendri (kwn2 aq yg  tggl d asrama  yg wat) kat ats meja aq..tcher dtg n peluk aq..(maafkan tcehr,suma nie si wani n anna yg rancg,happy birthday)...suma kwn2 aq pun dtg kat aq,ucp selamt hari jadi kat aq...si wani yg duk sblh aq nie" kami sengaja bha mw tguk koe ngis ka x..n akhrnya bjya gak kmi wat koe ngis..trus aq kta..."pandainya kmu suma belakon ar ~~heehe..suprise yg mmg mengejutkan aq..(gembira n sedih tyme tue)...huhu..



some info yg bermanfaat:


Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.

Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan dilaknat Allah dan berdosa.

Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.



Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.


Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.
Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).
Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.
Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud:Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.
Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian).(al-Saf: )
Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).
Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.
Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.
Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.
Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada “Allah selamatkan kamu”. Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.
Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.
Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.
Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.






semoga bermanfaat...suka? like jer

Bersanding boleh ke tak?

*membazir jer..
Utusan Malaysia : Hukum bersanding

Persandingan bertujuan memperkenalkan pengantin kepada masyarakat hukumnya adalah harus tetapi ia perlu memelihara batas syariat.

SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.
Jawapan:Hukum Bersanding

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.



dan saya pernah mendengar dari ustaz azhar bahawa tepak sireh juga haram dihantar oleh pihak laki2 mahupun perempuan..melainkan pihak laki2 or pihak perempuan suka makan sireh..kerana itu juga menyerupai amalan hindu.


semoga bermanfaat...suka? like jer

Dia Pilihanku

blue butterfly Pictures, Images and Photos                                                                      



Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya





Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri







Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

semoga bermanfaat...suka? like jer

Saat malam pertama

singgah  _________________________suka








" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."


"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"


Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.

Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:


"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"


follow ____________________follow


semoga bermanfaat...suka? like jer