Wednesday, April 27, 2011

Suprise!!!!!!!! Are u Happy ??



..Bismillahirrahmanirrahim ...hurm..mcmna nak stat eh?..hihi..gini,kemarin wish birthday kawan kat fb..tetiba terigt pulak ngn suprise yg kengkwn sekelas aq wat kat aq tahun leps..amatlah sush utkku lupakan suprise yg dorg wat..aq igt lagi hari tue aq kira terlambat dtg ke sekola..bila aq sampai jer..xda sorang pun wish birthday aq..(xlah nak mengharap,tapi rasa pelik..sedih pun ada..p ignore jer la~hatiku berbisik..)

dengan rasa sedih,aq pun trus duduk dan meletakkan begku ke kerusi ..dalam pada tue,aq membuka sembunyi-sembunyi beg aq..(tw x,hari tue aq bawa handphone ke skola..ish3..nakalnya aq....ada reason aq wat mcm tue, senang mum aq kol aq,cz masa tue kwsn umah aq banjir n aq  mmg nak kol kak aq)..di permudahkan crta,kwn sebaris tempat aq duduk nie si anna carina ternampak rupanya aq bawa handphone,p aq xperasan pun dia nampak..hihi

suasana kelas n sesi pembelajaran hari tue pelik semacm,awl2 pagi lagi aq lihat banyak kwn2 perempuan kat kelas aq xdak..xtw p mana..terutamanya kwn sebaris aq duduk nie la (si anna carina dan si wani)..aq tanya2 kwn aq yg len..durang ckp ,si wani n anna jumpa tcher ada hal kokum dorang bincgkan..aq hanya mengangguk..sesi pembelajaran berjalan seperti biasa...wlwpun ada gak rasa sedih cz pelik binti hairan aq d watnya cz xda org wish birthday aq..sampailah masa ,guru kelasku teacher adeena,dengan reaksi muka yang serius,mcm kelam kabut,masuk dalam keadaan risw, tyme  tue teacher aq umumkan ,bhwasanya guru disiplin menyuruh semua guru kelas buat spotcheck mengejut ..(dengan muka seriusnya,dengan muka bimbgnya,tcehr suruh kami suma angkat beg ke ats meja,~kami suma pun rasa takut,dorang yg lain x la...aq lah takut brbis takut tyme tue...hahaha..buat salah mmg la takut..trus aq ckp bisik2 ngn urg sebelah aq nie..wani,anna,n bnyk g..cmna nie?? dorng kata  ~knp?..."aq bawa handphone"..



(hiasan sedikit~dorang betiga la perancg utama suprise hari jd aku)

masa tue teacher sedang cek beg orang lain sambil berkata"teacher xmw ada yang menipu,kalw ada bwa benda yg d larang seperti  handphone ka, n lain2,bgus serahkan sekrg"..di cepatkan crta~sstgh kwn aq suruh aq sembunyikan handphone aq..jgn bgtw..p aq mcm mw juga bgtw..sampilah giliran aq..teacher check betul2 beg aq..tanya aq berabis.."betul nie xdak bw benda telarang ke skola???..huh!!!! takutnya aq tyme tue..xpnh nie aq kna gitu..kwn2 aq seolah2 bpsn pd aq supaya ckp jgn la bgtw yg aq ada bw handphne..tcehr pun pcya jak la..suma kgkwn aq bkumpul kat blkg ..enth pa durang wat..p aq langsung xperasan..apa yg aq wat..aq duduk..aq fkir..xbgus gini..mst gtw juga..sstgh kwn2 aq melontrkan pndptnya~bagitahu ja..teacher kita kan spoting..lgipun kita mw spm thun nie..xbaik menipu..x ku endahkan apa kwn2 aq wat kat belakang..x ku pandg pun org lain..pa yg ada kat fikiranku..mw bgthu ke x?..dengan berat hati cz aq tw handphone aq akn d rampas n hujung tahun bru boleh ambil..aq pun mengaku.."teacher,saya ada bw handphone"...di perceptkan lg crta.."tcher ckp g..nak wat apa nie ngn handphone nie?..teacher btnya pd rakan sekels ku.."apa lagi ,dorang suppot la aq nie kununnya~teacher,dia budak baik,xpnh bwa handphone ke skola,mybe dia ada sbb..,dia xpnh wat msalah kat skola,n mcm2 lagi la kwn2 aq ckp.. teacher pun ckp~"tapi ini melakukan keslhn..tcher harus bg guru disiplin!!"..aduh!!..hati ku berdebar..xpnh ku bdpn ngn guru disiplin ats dsr mlkukn kslhn..mataku mula bergenang air..smkin tknn aq dgr 
apa yg tcher ckp..(rupanya dorang sengaja nak wat aq nangis)..sengaja bg tkut2 aq..smpailah"kwn aq c wani,"tcher jgn la..ples jgn bgtw cikgu disiplin..cz..kan..kan..kan..hari nie hari jadi dia!!!!..terus mengalir airmata aq..trus dorang letak kek birthday yg dorang wat sendri (kwn2 aq yg  tggl d asrama  yg wat) kat ats meja aq..tcher dtg n peluk aq..(maafkan tcehr,suma nie si wani n anna yg rancg,happy birthday)...suma kwn2 aq pun dtg kat aq,ucp selamt hari jadi kat aq...si wani yg duk sblh aq nie" kami sengaja bha mw tguk koe ngis ka x..n akhrnya bjya gak kmi wat koe ngis..trus aq kta..."pandainya kmu suma belakon ar ~~heehe..suprise yg mmg mengejutkan aq..(gembira n sedih tyme tue)...huhu..



some info yg bermanfaat:


Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.

Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan dilaknat Allah dan berdosa.

Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.



Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.


Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.
Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).
Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.
Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud:Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.
Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian).(al-Saf: )
Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).
Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.
Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.
Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.
Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada “Allah selamatkan kamu”. Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.
Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.
Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.
Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.






semoga bermanfaat...suka? like jer

No comments: