Monday, May 2, 2011

Saya tak pernah bagi hadiah buat mama semasa hari ibu

mama selalu nasihat, mama selalu marah, mama selalu risau, mama selalu leter, mama selalu ingat, mama selalu sedih, mama selalu peluk,mama selalu cium,mama selalu telefon,mama selalu rindu,mama selalu masak,mama selalu puji,mama selalu pujuk,mama selalu nangisMonkey Winks ..Tahu tak kenapa??..ini kerana ===> mama selalu sayangkan kita




Sabda Rasulullah saw.


"Berbaktilah kepada kedua ibubapamu supaya berbakti kepadamu kelak anak-anakmu"



Bismillahrrahmanirrahim,
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w,sahabat,serta kaum keluarga baginda.


sahabatku sekalian ,pelik xbaca tajuk entry "SAYA TAK PERNAH BAGI HADIAH BUAT MAMA SEMASA HARI IBU"?..YA!!,terus terang ..saya tak pernah bagi hadiah kat ibu yg saya gelar "MAMA",semasa hari ibu., 10 Mei merupakan hari biasa jer bagi saya...macam hari2 biasa.semuanya berjalan seperti biasa.Namun apa yang kurang biasa ialah,saya n adik-beradik yang lain akan berebut-rebut bangun awal,siap pasang alarm telofon masing2 lagi..hehehe..Nak compete sepa yang first ucap "Selamat Hari Ibu " dan "Peluk Mama" .Itulah tabiat kami adik-beradik.Suka betul rebut2 sepa yang akan jadi first.Tyme birthday mama pun gitu.Bagi saya,setiap kali hari ibu,saya pasti akan berasa sedih.Saya akan teringat dengan apa yang mama saya katakan pada saya tahun lalu.


Berdiri depan pintu bilik mama seawal jam 6:


saya:ma,"selamat hari ibu",Angah minta maaf cz angah xdapat belikan mama hadiah.apa yang angah mampu bagi hanya ucapan."maafkan angah ma".saat tue menitis airmata saya dan saya dapat rasa mama juga rasa kesedihan yang saya rasa.


mama:angah.."terima kasih",tak bagi hadiah pun mama tak kisah,ucapan hari ibu pada mama sudah cukup bermakna buat mama..jangan sedih k."mama sayang anak-anak mama",apa yang mama mahu,semua anak-anak mama berjaya suatu hari kelak.InsyaAllah.mama harap anak2 mama sentiasa berkasih sayang,xbergaduh,n saling tolong-menolong.Mama sentiasa doakan yang terbaik buat kamu semua.


Ayat yang penuh Kasih sayang seperti di atas lah yang buat saya  n adik-beradik yang lain semakin lama semakin erat hubungan kami.bak kata orang "xda rahsia antara kita" ..hihi..terutamanya yg mama jelas nampak "kami adik-beradik memang mempunyai kegemaran yang sama ,bagi kami apa sahaja yang mama masak untuk kami itulah makanan kegemaran kami.mama juga tahu yang semua anak-anak dia pemilih sikit bab2 sayur nie.Yang bestnya lagi,mama tahu kami nie suka cemburu2 sayang bila salah seorang dari kami cium n peluk mama,bisik2 dengan mama,cerita2 dengan mama..kalau boleh,bila sorang antara kami nak becerita mesti suma nak dengar,suma nak duk kat situ .xkiralah crta apa ja.hihi.Mari kita renung sedikit tazkirah :




Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24
Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."



Teringat pula dengan iklan kat tv


ibu..ibu...Engkaulah ratu hatiku..
Bila..ku berduka..Engkau hiburkan selalu..




Dalam Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baik aku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!




Menurut ajaran agama kita antara ibu dan bapa, pihak ibulah yang patut kita utamakan lebih dari pahak bapa. Sabda Rasulullah saw.


  •  "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"


  •  "Orang yang palin tinggi haknya kepada anak ialah ibu"


  •  Jika ibu dan bapamu memanggil kamu datanglah lebih dahulu kepada ibumu".

Sequence yang berlaku dalam hidup kita yang bergelar anak :

Kata mama,perkataan yg pertama saya sebut dulu "mama",
Tyme kecik2 dulu,bila bangun tidur saya mesti cari mama,
Bila saya nangis,orang yang datang mesti mama,
Bila nak bermanja,saya mesti dekati mama,
Bila rasa sedih yang pujuk saya ialah mama,
Bila melakukan kesalahan ,yang cepat marah ialah mama,
Bila nak peluk,yang saya suka peluk ialah mama,
saya..selalu teringatkan mama,
Bila sedih ,saya mesti telefon mama,
Bila sakit,orang yang paling risau mesti mama,
Bila ada masalah yang paling risau adalah mama,
Yang masih peluk dan cium saya sampai hari ni ialah mama,
Yg selalu masak mknn kgmrn saya ialah mama,
Yg selalu berleter kat saya adalh mama,
Yg sllu bg nsht kat saya adlh mama
Yg sllu puji saya adlh mama,

Berbuat baik terhadap kedua ibubapa meliputi bidang yang luas. Secara umumnya ialah anak-anak perlu menunaikan apa yang dianggap baik terhadap mereka berdua berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw pernah besabda":
1. " Berbakti kepada kedua ibubapa lebih utama dri solat, sedekah, puasa, haji dan jihad di jalan Allah".

2. "Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, mak Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".

3. "Keredhaan Allah di dalam keredhaan orang tua dan kebencian Allah di dalam kebencian orang tua"




Pengajarannya:
1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.

3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.

4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.

5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mebngikut keperluan dari segi perhatian terhadap mereka terutama sekirnya mereka keurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.

6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu kecil)
7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.




semoga bermanfaat...suka? like jer