Monday, December 6, 2010

atasi stress

Kaedah paling berkesan yang pernah saya gunakan untuk mengatasi stress ialah dengan mengambil Vitamin Z.  Vitamin Z tidak perlu dibeli.  Cukup dengan sedikit konsentrasi pada minda dan hati.  Kita akan dapat manfaat yang sangat besar dari Vitamin Z ini.  Vitamin Z yang dimaksudkan ialah ‘Zikrullah’ atau mengingati Allah.  Ia terbukti berkesan.  Bahkan memberi keuntungan bukan setakat di dunia fana, bahkan berpanjangan hingga akhirat sana.


 Orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan “zikrullah”. Bukankah dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati.


Kenyataan di atas merupakan jaminan Allah melalui ayat 28 surah al-Ra’d.
 Apa jua permasalahan yang dihadapi hingga mendatangkan stress, boleh ambil Vitamin  Z ini.  Noktah penting yang kita perlu ada dalam diri ialah ikhlas.  Justeru jangan takut dan bimbang walau punca stress adalah amalan negatif seperti kalah judi, mencuri dan pelbagai lagi.  Kalau pil penenang pun ada cara menggunakannya supaya manfaat diperolehi.  Begitu juga dengan Vitamin Z ini.  Betul cara menggunakannya, pasti berjaya!  J  
Kaedah pengambilan Vitamin Z secara berkesan:


 Langkah 1 Ê Abaikan dahulu minda anda dari memikirkan apa jua masalah yang sedang dihadapi.  Dengan lain perkataan kosongkan fikiran terlebih dahulu.  
 Langkah 2 Ê Kemudian perlahan-lahan hadirkan hati untuk mendapatkan khasiat Vitamin Z.  Ingatilah Allah dengan fikiran dan hati anda.  Bukankah Allah yang mengurniakan minda dan hati pada kita?  Justeru, tidak susah mengembalikan ingatan minda dan tumpuan hati pada Yang Maha Mencipta.


Langkah 3 Ê Setelah fikiran anda dapat rehat dan hati tenang dengan mengingati Allah.  Barulah anda fikirkan semula masalah yang menjadi punca stress dalam keadaan tenang.
Berfikir dalam keadaan tenang membuatkan kita lebih rasional dalam menentukan tindakan.  Apatah lagi ketenangan yang datangnya dari Allah.   


Bagi mengekalkan ketenangan yang diperolehi, usahakan kaedah penyelesaian yang diredai Allah.  Rujuk kepada mereka yang pakar dalam permasalahan yang dihadapi. Kalau kita mengguna pakai cara yang tidak diredai Allah, ketenangan akan menjauh semula dari kehidupan kita.  Fikir-fikirkan…  
semoga bermanfaat...suka? like jer

No comments: