Sunday, April 3, 2011

KRISIS KEYAKINAN BY ILUVISLAM.COM


Selalunya apabila diuji kita akan melihat ujian itu sebagai satu seksaan atau malapelaka yang kadangkala menyebabkan kesedihan atau kegusaran yang melampau-lampau. Kita menangis semahu-mahunya, bercerita tidak henti-henti dan menyalahkan diri sendiri dan orang di sekeliling yang boleh disalahkan. Terlalu cepat kita melatah. Terlalu singkat sekali pemikiran kita yang pada dasarnya dilapisi ilmu agama. Tanpa kita sedari mungkin ini petanda rendahnya iman.
Di luar kotak musibah, boleh sahaja kita menasihati orang lain agar bersabar, supaya berserah kepada Allah SWT, bertawakkal dan redha dengan qada' dan qadar tetapi lihatlah saja berapa ramai antara kita yang akhirnya memakan kata-kata sendiri apabila dihembus angin musibah. Kata-kata nasihat yang bersemangat keluar daripada mulut kita sendiri kini pudar dan longlai dipukul ujian dunia. Mungkin ada yang berkata "Tak rasa mana tahu. Kena batang hidung sendiri baru tahu."
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ
"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?"
(Al-Shaf:2)
Mengapa ini terjadi?
Mengapa ada di antara orang-orang yang terlebih dulu 'makan garam' dan mereka yang dalam ilmu kefahamannya tentang hakikat dan takdir Allah SWT juga tidak terlepas dari berkelakuan demikian walaupun mereka mengetahui tentang ilmu agama? Mereka sepatutnya lebih arif bukan?
***
Ini kerana kita tidak bercakap soal ilmu. Kita bercakap berkenaan satu kuasa yang jauh lebih kuat daripada ilmu yang tersimpan di dalam akal fikiran. Kita bercakap tentang hati. Organ yang menjadi raja kepada tubuh kita dan jika baik hatinya maka baiklah keseluruhannya.
Hati yang membimbing kita untuk menjadi kuat dan tabah dalam menghadapi kesusahan atau ujian daripada Allah SWT. Kerana di hati tersimpannya keyakinan yang tidak mungkin muncul melalui ilmu pengetahuan yang kita perolehi semata-mata. Keyakinan daripada hati itu terbit tidak lain tidak bukan bersama iman . Iman yang datang daripada ilmu pengetahuan kita yang disertai amalan. Disebabkan itu, mengetahui tidak semestinya meyakini lantas boleh dizahirkan keyakinan itu dengan perbuatan.
Mengetahui itu berpangkalan di otak manakala meyakini berpangakalan di hati dan bersangkutan dengan perihal iman seseorang. Oleh yang demikian, boleh sahaja kita menyuruh seseorang bersabar menghadapi kematian ibu atau ayah tersayang atau difitnah rakan sekerja dan pasti orang yang ditimpa musibah itu juga tahu dia harus bersabar, tetapi setakat mana kemampuannya untuk bersabar. Kemampuan itu ditentukan oleh kekuatan hati dan keyakinan terhadap takdir, qada' dan qadar' dan janji-janji Allah SWT.
Tidak yakinkah kita perjuangan kita iaitu bersabar dan terus mentaati perintah Allah SWT ini akan di balas dengan balasan yang lebih baik?
Jika kita tidak berupaya untuk bersabar maka kitalah yang harus dipersalahkan kerana tidak yakin. Tidak yakin dengan janji Allah SWT dan lemahnya kita dalam mengenal sifat-sifat Allah SWT. Kita mungkin fasih melaungkan Asma-ul-husna tetapi mungkin juga gagal dalam meyakini kebenaran nama-nama agung yang basah di lidah kita. Apabila difikirkan kita mungkin rasa malu, terlalu daif dan kerdil hendak mencongak iman yang tidak tahu di mana tahapnya. Disebabkan itulah, kadangkala kita selalu gagal untuk bertenang apabila berhadapan dengan konflik di dalam kehidupan seharian.
Benarkah cinta kita kepada Allah SWT jika kita gagal untuk pecaya dan yakin akan sifat-sifat Allah SWT?
Keyakinan itu hakikatnya berada pada tahap yang asas dalam beragama. Rukun iman sendiri berkisar tentang kepercayaan yakni keyakinan kita kepada enam perkara utama. Enam perkara ini sememangnya adalah perkara-perkara ghaib yang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar kecuali dengan petunjuk iaitu di dalam Al-Quran. Mengapa perkara ghaib? Kerana Allah SWT hendak menguji keyakinan kita. Yakni haqqul yakin, keyakinan sepenuh hati tanpa melibatkan bukti atau akal. Keyakinan yang diharapkan ini juga membawa maksud berserah kepada kepada Allah SWT tanpa bersebab atau bukti.
***
Sewaktu peristiwa Israk Mikraj, betapa ramainya insan yang tidak yakin dengan kenyataan Nabi SAW bahawa beliau telah dijalankan oleh Allah SWT di waktu malam ke Masjid Al-Aqsa daripada Masjidil Haram pada malam yang sama diangkat hingga ke Sidratul Muntaha. Menurut tafsiran Sya'rawi, ramai yang tidak percaya sehingga ada yang murtad sementara golongan kafir Mekah lebih ke arah memaksa Nabi SAW mengaku yang perjalanan itu cumanya perjalanan roh yakni mimpi dan bukan jasad kerana ianya lebih logik dan boleh diterima akal.
Namun di kala itu, Abu Bakar sahabat Nabi SAW menerima berita itu dengan penerimaan seorang mukmin yang membenarkan peristiwa itu.
"Jika Muhammad SAW berkata demikian maka dia benar." Kemudian dia berkata lagi,"Bahkan kita mempercayainya jika dia mengatakan yang lebih jauh dari itu, kita telah mempercayainya dalam hal berita langit (wahyu), lalu bagaimana kita tidak mempercayainya dalam hal ini?"
Sayu memikirkan betapa tingginya iman Abu Bakar yang diterjemahkan melalui keyakinannya yang penuh kepada Rasulullah SAW tanpa memerlukan bukti atau dalil. Begitukah kita? Hikmah kejadian Israk' Mikraj ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai ujian keimanan dan permbersihan keyakinan manusia sehingga tidak menetap orang-orang disekeliling Rasulullah SAW melainkan mereka yang memiliki keimanan dan keyakinan yang kuat yang tidak dapat digoyahkan.
***
Kisah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi sekali lagi mengajar kita tentang keimanan. Perjuangan mereka melarikan diri ke sebuah gua yang secara zahirnya adalah sempit bagi menyelamatkan akidah dan keimanan juga berdasarkan prinsip keyakinan.
Cuba kita bayangkan mereka semua berlindung di dalam gua dan meninggalkan semua harta, keluarga dan segala-galanya yang mereka miliki. Mereka hanya mempunyai agama yakni keimanan dan pergi ke tempat yang sempit yang di dalamnya tiada ada sesuatu yang boleh menjamin kehidupan mereka. Namun sedikit tidak terdetik di hati mereka untuk gusar dan risau ketika itu kerana mereka yakin mereka mempunyai Tuhan yang akan menguruskan semua urusan mereka dan mereka cuma berdoa sepenuh hati.
Kemudian Allah SWT menjawab doa mereka. Allah SWT menghadiahi keimanan mereka dan mencukupi keperluan mereka dengan sesuatu yang diluar logik akal.
فَضَرَبْنَا عَلَى آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا
"Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu."
(Al-Kahfi: 11)
Mengapa ditutup telinga? Kerana Allah SWT mahu membenarkan mereka tidur yang tidak akan diganggu dengan apa sekali pun kerana telinga merupakan organ yang masih berfungsi di kala kita masih tidur. Dengan tertutupnya telinga, Allah SWT menidurkan mereka selama kurang lebih 309 tahun sekaligus mencukupkan keperluan mereka untuk hidup sedangkan mereka tidak sedar langsung akan hal itu.
Mengapa mereka dibantu? Kerana keyakinan dan keteguhan hati dalam beriman kepada janji Allah SWT dan beramal untuknya.
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
"Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian, telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi: 14)
***
Lalu apa yang menghalang kita daripada meyakini janji Allah SWT? Tidak cukupkah pengajaran di dalam Al-Quran mengenai janji-janji Allah SWT yang tepat. Kita terbiasa melihat medium atau alat yang digunakan untuk menguji kita sebagai penyebab utama dan bukanlah Allah SWT. Dalam ayat yang lebih ringkas kita mahu "someone to be blame". Lemah benar iman kita. Sedar tidak sedar kita sudah terlalu terbiasa menjadikan manusia, kejadian atau material sebagai sebab terjadi sesuatu. Kita gagal dalam meyakini semuanya datang dari Allah SWT dan ini semua hanyalah ujian. Hati ini terlalu keras untuk memahami yang semua ini berlaku hanya kerana Allah SWT mahu ianya berlaku kerana jika Allah SWT mentakdirkan sesuatu ke atasmu, nescaya seluruh cakerawala akan bekerjasama menjalankan 'kun' Allah SWT itu, tetapi seandainya tidak ditakdirkan berlaku, bekerjasamalah keseluruhan jin dan manusia tetap ianya tidak akan berlaku.
Takdir Allah SWT itu sudah tertulis. Apabila dikunjung kesempitan, masalah, konflik, ujian, kesedihan, musibah yang menggoncang keyakinan kita haruslah kembali kepada Allah SWT. Tidak usah berterus-terusan melawan takdir dan menyalahkan dunia sekeliling. Kita diuji kerana Allah SWT masih sayangkan kita dan masih mahu menunjukkan jalan yang lurus kepada kita agar tidak dibiar hanyut, leka dan alpa dalam keseronokan. Kegembiraan sementara yang belum tentu baik buruknya.
Yakinlah kepada sesuatu yang hilang. Sahabat, kepercayaan, harga diri, saudara, kegembiraan, kebiasaan, kemewahan, maruah, keyakinan diri atau anak akan digantikan dengan perkara yang lebih baik. Yang pasti yakinlah kita, seyakin-yakinnya barulah Allah SWT akan memberi yang terbaik kepada kita. Bukankah Allah SWT itu mengikut sangkaan kita terhadapNya?
Kesimpulan
Di dalam kisah Nabi Musa, Allah SWT memberi jaminan kepada bonda Nabi Musa apabila dia perlu menghanyutkan Nabi Musa ke sungai. Dalam jaminan Allah SWT telah menyebut Dia menguatkan hati bonda Nabi Musa supaya imannya menjadi kuat dan mampu bersabar serta percaya kepada janji Allah SWT kerana secara logiknya ibu mana yang sanggup menghanyutkan anaknya sendiri di dalam sungai. Sesungguhnya Allah SWT telah yang memberi ilham dan keyakinan itu.
وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَى فَارِغًا إِنْ كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلا أَنْ رَبَطْنَا عَلَى قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan hati ibu Musa menjadi kosong. Hampir saja dia menyatakan rahsia tentang Musa seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, agar dia termasuk orang-orang yang beriman kepada janji Allah SWT. "
(Al-Qashash:10)
Syaratnya kita harus berada di dalam kategori orang beriman yakni yakin. Di dalam surah Al-Fath Allah SWT menyebut sekiranya Dia mengetahui keimanan ada di dalam hati salah seorang hambanya, pasti Dia akan menurunkan ketenangan ke dalam hati orang itu pada saat terjadinya musibah.
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
"Sesungguhnya Allah reda kepada orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)."

(Al-Fath:18)
 Renungan
Ketika Nabi Ibrahim mahu meninggalka Siti Hajar di tanah gersang dan kontang yang mana tidak ada hidupan pun di situ, Siti Hajar bertanya, "Disinikah kami ditinggalkan? Apakah kamu meninggalkan kami di sini atas pilihanmu atau atas pilihan Tuhan?"
Ibrahim menjawab: "Ini adalah perintah Allah SWT."
Hajar membalas dengan yakin:  "Kalau begitu kami tidak akan ditelantarkanNya."

semoga bermanfaat...suka? like jer

TARIAN POCO-POCO HARAM !!






semoga bermanfaat...suka? like jer

~ AYAT SERIBU DINAR ~


Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.
Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.




semoga bermanfaat...suka? like jer

Friday, December 17, 2010

cinta itu magik? eya ka?

sukar untuk menolak hakikat bahawa dalam hidup ini,cinta mampu memberi keajaiban kepada manusia..bayangkan tanpa sebarang ganja,apabila terkena penyakit cinta,anda akan menggelisah..tidak tentu arah..sehari tidak memandang wajah,tidak mendengar suara,atau paling tidak pun beremel atau bersms,anda akan menjadi seperti kucing bunting mencari sarang untuk beranak..serba tidak jadi hendaknya...


mengapa bercinta

~bercinta sebab ikut-ikutan krna melihat kwan sedang bahagia?


~supaya pointer selalu meningkat naik?


~merasa bahagia bila ada orang yang take care,sayang,n buat apa saja demi kita,or memahami?


~merasa diri kesunyian cz xda kwn tmpt untuk mengadu n shre problem,n memberi nasihat?


~untuk mengenali hati budi masing2?


~bercinta kerana cantiknya,handsomenya???


~bercinta kerana hartanya??


~bercinta untuk mendirikan rumah tangga??


~bercinta kerana empunya diri itu sendiri?


~bercinta kerana agamanya??


~bercinta kerana budinya?


~bercinta kerana dakwah???


~bercinta kerana Alllah???


cinta????tahu x tafsir tentang cinta??hebat sangat kah cinta dalam hidup manusia?siapakah yg layak di cintai?
orang macamana yg sesuai di jadikan teman bercinta?sanggupkah hadapi risiko bercinta?sanggup habiskan beratus-rastus ringgit demi cinta?sanggup menangis kerana cinta?sanggup lawan ibubapa demi cinta?sanggup abaikan n terlalai di sebabkan cinta? sanggup lakukan apa saja demi mendapatkan cinta???




cinta itu memang indah & sesuatu yang mengasyikkan..betul x?ada ketikanya,kita rasa hidup seperti di awang-awangan kala berkasih sayang..ada waktunya terasa nanar,hati terasa sengsara dan cinta bagai membunuh segala-galanya..


orang yang mula bercinta ,hatinya akan berbunga-bunga.tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya  kerana disibukkan  dengan apa yang dicintainya..segalanya nampak sempurna..


namun ,apabila bercinta,the couple want to know until when they are couple?a  day? a week?a month? a years? until finish study?until heaven?who know????,tukang ramalkah kita untuk katakan kita nak bercinta hingga akhir hayat la,bercinta hingga ke jinjang pelamin la,bercinta hingga ke akhirat la..


wahai pemuda pemudi,saya juga seorang remaja..persaan ingin mencintai n di cintai itu mmg ada,namun layakkah kita mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri kita terlebih dahulu?
layakkah kita bercinta sebelum kita mencintai agama kita?
tahu tak,imu tanpa amal ibarat pokok yang  tidak berbuah..


just an example yang selalu saya lihat n cuba fikir sejenak tntg nya~


seorang perempuan alim ,pakaiannya cukup menutup aurat mengikut syariat islam, keluar bersama lelaki bukan muhrim di tempat awam.berjalan berdua-duaan..senyum n ketawa bersama,duduk dekat-dekat,dan bermanja-manja,pergi masjid bersama-sama,study bersama-sama,makan bersama-sama,..apa pandangan  kita yang melihatnya?mst ada gak dalam hati,"orang alim pun bercinta jugak?"sama macam couple2 lain..kerana walau kita mengikut mana pun syariat islam dalam menjalin hubungan cinta ini,tetap akan wujud zina hati..niat tidak pnh menghalalkan cra..ingat tue..


jika berbaloi bercinta,anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan Allah kerana matlamat anda jelas,anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan takdir,perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak..maka sila lah bercinta..


cuba tanya?ada ke cinta islamik?boleh kah cinta islamik?cinta di solek dengan nama agama?macam pelik kan???


xda cinta islamik or non islamik..semua cinta di kalangan manusia sama sahaja..cinta  Allah lah yang paling agung..


memang betul setiap manusia xkan lari dari perasaan tu,x boleh nafi,x boleh tipu..


Allah berfirman~
 kecintaan ku layak  di miliki oleh orang2 yang saling mencintai kerana aku,kecintaan ku layak di miliki oleh orang2 yang saling menyambugi tali persaudaraannya kerana aku,kecintaan ku layak  dimiliki oleh orang2 yang saling  berkunjung kerana aq..kecintaan ku layak  dimiliki oelh orang yang memberi kerana aq..


"bisikkan ke hati,"aku sentiasa dengan Allah",jiwaku aman ,fikiranku tenang walaupun dalam keadaan serba kekurangan ..hari2ku ceria dan penuh harapan..aku tidak gundah,risau..malah tersenyum kerana aku yakin kebaikan yang Allah janjikan buatku,,dia telah meniupkan ketenangan  dan ketenteraman dalam hatiku""




maafkan saya andai menyinggung mana2 pihak,saya hanyalah insan Allah yang hina..jika terdapat kemuskilan n plu nasihat just search i.luv islam.com,prtal murabbi(boleh read artikel n tanya pada ustaz),n mana2 laman ilmu agama,or jika mw tanya terus pda saya or minta pendapat or nasihat~just email at-khairah _banarcanni@yahoo.com






semoga bermanfaat...suka? like jer

Sunday, December 12, 2010

kenali personaliti mengikut bulan lahir

BULAN 1





~Orangnya penyayang~>apbila dia menyayangi sesorang i2,dia akan sayang sepenuh hatinya,sayang pada knk2,mengutamakn ksih syg keluarga ibarat  "family first" in her/his life,dia sanggup mmbuat apa saja demi org yg dicintai/d sygi,x pndai mnunjukkan@mnzahirkan kasih sygny

~sukar melupakan orang yg pernah dicintainya ~>kdgkla prstwa yg mirip bole megingtkn org yg pnh dicintainya

~tabah~>seorang yg ska mmndam prasaan,xsuka menunjukkn ksdihhnnya pd org lain,apabila ada masalah ,dia sebenrnya mmlukan motivasi dr org lain,tp dia lebih suka memendam rasa

~pemurah=mudah tersentuh apabila melihat kesusahan org len

~suka memerhatikan sifat n tgkah laku org sekeliling sebelum mengenalinya dgn lebih rapat

~mempunyai daya tafsiran dan gerak hati yg kuat

~bijak membuat pilihan

~kadangkala bercakap mengikut emosi tetapi d hatinya x bermaksud begitu

~keyakinan yg tinggi dan disenangi oleh org sekeliling

~kurang mahir dlm prgaulan= ssorg yg mudah ramah apabla org len terlebih dahulu mesra dgnnya dan ia merasa serasi dengannya

~suka mencari kawan=

~terlalu menjaga perasaan org len = ssorg yg terlalu kuat memikirkan apa pandangan dan perasaan org len terhadapnya
dan berusaha x melukakan hati org len

~x pandai mengurus kewangannya

~pemaaf tetapi sukar melupakan peristiwa itu

~suka berprasangka buruk@menaruh '-ve thinking' ==>disebabkan pengalaman hidup yg pahit,pemerhatian,terlalu memikirkan

~tidak memlilih bulu@x memilih kawan==>baginya semua org adalah sama di sisi Allah,yg membezakan hnyalah Akhlak dan hati budinya

~mengharapkan org menghargai dirinya apa adanya

~tdak suka dikongkong@sukakan kebebasan

~bijak membezakan yg mana baik dn buruk

~mudah cemburu

~kurang sihat tubuh badannya dan mudah diserang selesma

~suka menghargai org len terutamanya org yg dicintainya

~cermat  dan teratur==>pandai menjaga benda yg dimilikinya

~tak suka dimarah atau org meninggikan suara dengannya

~sukar menyembunyikan perasaan x sukanya pada sseorg==>apbila dia x suka akan seseorang itu,sukar untuknya menerima kehadiran org itu

~pandai berdikari dan menyesuaikan diri di tempat baru

~seorg yg tenang dan bijak mengurus emosinya

~suka mengkritik org len ttp x suka dikritik

~kadangkala suka bercakap besar tanpa sedarnya

~tetap pendirian=dia akan berusaha menegakkan apa yg drasanya betul dan baik 2k dirinya,kadangkala keras hatinya

~mudah berpuas hati dgn apa yg dimilikinya@'contented'


semoga bermanfaat...suka? like jer

Tuesday, December 7, 2010

mengapa bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.


Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?



semoga bermanfaat...suka? like jer

Monday, December 6, 2010

atasi stress

Kaedah paling berkesan yang pernah saya gunakan untuk mengatasi stress ialah dengan mengambil Vitamin Z.  Vitamin Z tidak perlu dibeli.  Cukup dengan sedikit konsentrasi pada minda dan hati.  Kita akan dapat manfaat yang sangat besar dari Vitamin Z ini.  Vitamin Z yang dimaksudkan ialah ‘Zikrullah’ atau mengingati Allah.  Ia terbukti berkesan.  Bahkan memberi keuntungan bukan setakat di dunia fana, bahkan berpanjangan hingga akhirat sana.


 Orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan “zikrullah”. Bukankah dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati.


Kenyataan di atas merupakan jaminan Allah melalui ayat 28 surah al-Ra’d.
 Apa jua permasalahan yang dihadapi hingga mendatangkan stress, boleh ambil Vitamin  Z ini.  Noktah penting yang kita perlu ada dalam diri ialah ikhlas.  Justeru jangan takut dan bimbang walau punca stress adalah amalan negatif seperti kalah judi, mencuri dan pelbagai lagi.  Kalau pil penenang pun ada cara menggunakannya supaya manfaat diperolehi.  Begitu juga dengan Vitamin Z ini.  Betul cara menggunakannya, pasti berjaya!  J  
Kaedah pengambilan Vitamin Z secara berkesan:


 Langkah 1 Ê Abaikan dahulu minda anda dari memikirkan apa jua masalah yang sedang dihadapi.  Dengan lain perkataan kosongkan fikiran terlebih dahulu.  
 Langkah 2 Ê Kemudian perlahan-lahan hadirkan hati untuk mendapatkan khasiat Vitamin Z.  Ingatilah Allah dengan fikiran dan hati anda.  Bukankah Allah yang mengurniakan minda dan hati pada kita?  Justeru, tidak susah mengembalikan ingatan minda dan tumpuan hati pada Yang Maha Mencipta.


Langkah 3 Ê Setelah fikiran anda dapat rehat dan hati tenang dengan mengingati Allah.  Barulah anda fikirkan semula masalah yang menjadi punca stress dalam keadaan tenang.
Berfikir dalam keadaan tenang membuatkan kita lebih rasional dalam menentukan tindakan.  Apatah lagi ketenangan yang datangnya dari Allah.   


Bagi mengekalkan ketenangan yang diperolehi, usahakan kaedah penyelesaian yang diredai Allah.  Rujuk kepada mereka yang pakar dalam permasalahan yang dihadapi. Kalau kita mengguna pakai cara yang tidak diredai Allah, ketenangan akan menjauh semula dari kehidupan kita.  Fikir-fikirkan…  
semoga bermanfaat...suka? like jer

HAKIKAT CINTA

Cinta kepada kehidupan kita akan lupa kematian.

Cinta kepada dunia kita kan lupa kepada akhirat.

Cinta kepada harta kita lupa kepada hari penghisaban Allah SWT.

Cinta kepada mahligai dan Istana kita akan lupa kepada kubur.

Cinta kepada manusia kita akan lupa kepada Yang Maha Pencipta.


Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi.
Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : " Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah" "if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.



semoga bermanfaat...suka? like jer

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN

Kriteria Pertama: Memiliki Agama yang Bagus

Inilah yang harus jadi kriteria pertama sebelum kriteria-kriteria lainnya. Tentu saja wanita idaman memiliki aqidah yang bagus, bukan malah aqidah yang salah jalan. Seorang wanita yang baik agamanya tentu saja tidak suka membaca ramalan-ramalan bintang seperti zodiak dan shio. Karena ini tentu saja menunjukkan rusaknya aqidah wanita tersebut. Membaca ramalan bintang sama halnya dengan mendatangi tukang ramal. Bahkan ini lebih parah dikarenakan tukang ramal sendiri yang datang ke rumahnya dan ia bawa melalui majalah yang memuat berbagai ramalan bintang setiap pekan atau setiap bulannya. Jika cuma sekedar membaca ramalan tersebut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam katakan, “Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, lalu ia bertanya mengenai sesuatu, maka shalatnya tidak diterima selama 40 malam.”[HR. Muslim no. 2230, dari Shofiyah, dari sebagian istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.] Jika sampai membenarkan ramalan tersebut, lebih parah lagi akibatnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkan apa yang mereka katakan, maka ia telah kufur pada Al Qur’an yang diturunkan pada Muhammad.”[HR. Ahmad (2/492). Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini hasan.]

Begitu pula ia paham tentang hukum-hukum Islam yang berkenaan dengan dirinya dan juga untuk mengurus keluarga nantinya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga memerintahkan seorang pria untuk memilih perempuan yang baik agamanya. Beliau bersabda, “Perempuan itu dinikahi karena empat faktor yaitu agama, martabat, harta dan kecantikannya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya. Jika tidak, niscaya engkau akan menjadi orang yang merugi”.[HR. Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1446, dari Abu Hurairah.] Sebenarnya makna “taribat yadak” adalah

Inilah kriteria wanita idaman yang patut diperhatikan pertama kali –yaitu baiknya agama- sebelum kriteria lainnya, sebelum kecantikan, martabat dan harta.



Kriteria Kedua: Selalu Menjaga Aurat

Kriteria ini pun harus ada dan jadi pilihan. Namun sayangnya sebagian pria malah menginginkan wanita yang buka-buka aurat dan seksi. Benarlah, laki-laki yang jelek memang menginginkan wanita yang jelek pula.

Ingatlah, sangat bahaya jika seorang wanita yang berpakaian namun telanjang dijadikan pilihan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”[HR. Muslim no. 2128, dari Abu Hurairah.] Di antara makna wanita yang berpakaian tetapi telanjang dalam hadits ini adalah:

1. Wanita yang menyingkap sebagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya. Inilah yang dimaksud wanita yang berpakaian tetapi telanjang.
2. Wanita yang memakai pakaian tipis sehingga nampak bagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang.[Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, Yahya bin Syarf An Nawawi, 17/190-191, Dar Ihya’ At Turots, cetakan kedua.]

Sedangkan aurat wanita yang wajib ditutupi adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Allah Ta’ala berfirman,yg artinya “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mendekatkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al Ahzab [33] : 59).



Jilbab bukanlah penutup wajah, namun jilbab adalah kain yang dipakai oleh wanita setelah memakai khimar. Sedangkan khimar adalah penutup kepala.Allah Ta’ala juga berfirman,yg artinya “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nuur [24] : 31). Berdasarkan tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Atho’ bin Abi Robbah, dan Mahkul Ad Dimasqiy bahwa yang boleh ditampakkan adalah wajah dan kedua telapak tangan.[Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, Amru Abdul Mun’im, hal. 14.]



Kriteria Ketiga: Berbusana dengan Memenuhi Syarat Pakaian yang Syar’i

Wanita yang menjadi idaman juga sepatutnya memenuhi beberapa kriteria berbusana berikut ini yang kami sarikan dari berbagai dalil Al Qur’an dan As Sunnah.



Syarat pertama: Menutupi seluruh tubuh (termasuk kaki) kecuali wajah dan telapak tangan.



Syarat kedua: Bukan memakai pakaian untuk berhias diri.

Allah Ta’ala berfirman,yg artinya : “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu ber-tabarruj seperti orang-orang jahiliyyah pertama.” (QS. Al Ahzab : 33).

Abu ‘Ubaidah mengatakan, “Tabarruj adalah menampakkan kecantikan dirinya.” Az Zujaj mengatakan, “Tabarruj adalah menampakkan perhiasaan dan setiap hal yang dapat mendorong syahwat (godaan) bagi kaum pria.”[Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauzi, 5/133, Mawqi’ Al Islam.]



Syarat ketiga: Longgar, tidak ketat dan tidak tipis sehingga tidak menggambarkan bentuk lekuk tubuh.

Syarat keempat: Tidak diberi wewangian atau parfum. Dari Abu Musa Al Asy’ary bahwanya ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seorang perempuan yang mengenakan wewangian lalu melalui sekumpulan laki-laki agar mereka mencium bau harum yang dia pakai maka perempuan tersebut adalah seorang pelacur.”[HR. An Nasa’i, Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad. Syaikh Al Albani dalam Shohihul Jami’ no. 323 mengatakan bahwa hadits ini shohih.]

Inilah di antara beberapa syarat pakaian wanita yang harus dipenuhi. Inilah wanita yang pantas dijadikan kriteria.



semoga bermanfaat...suka? like jer

Saturday, December 4, 2010

Allah bersama orang yang sabar

Allah bersama-sama orang yang sabar, menguatkan,


 memantapkan, meneguhkan, mengawasi, dan menghibur


 mereka. Allah sebagai tempat bergantung, sehingga kita akan


 terlepas dari keputus-asaan saat menjalani perjuangan.


Jangan katakan “Sabar itu ada batasnya” jika Anda ingin


 bersama Allah. Sebab, Sesungguhnya Allah beserta orang-


orang yang sabar (QS.2:153)
semoga bermanfaat...suka? like jer