Thursday, April 28, 2011

Bersabar untuk Sabar

Pertama: aku berfikir siapakah yang memberikan aku musibah ini? Dia adalah Allah. Maka dengan segera jiwaku menjadi tenang.

Kedua: aku berfikir bahawa Allah mampu menimpakan kepadaku musibah yang lebih besar daripada yang kuhadapi, dan Allah hanya memberikanku setakat ini sahaja, lantas aku memuji Allah atas musibah yang sedikit ini.

Ketiga: aku selalu ingat sabda Rasulullah bermaksud: 

"Tidaklah seorang mukmin terkena satu duri dan yang lebih besar daripada itu kecuali Allah mengangkatnya satu darjat atau menghapuskan daripadanya satu dosa." (Daripada ‘Aisyah, Riwayat Muslim) 


Keempat: aku berfikir bahawa musibah yang terjadi adalah di dunia dan bukannya di akhirat. 

semoga bermanfaat...suka? like jer

No comments: