Friday, April 29, 2011

Pesanan bermakna buat muslimah

Wahai saudariku muslimah,
Jaga tutur kata kita; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Wahai saudariku muslimah,
Jaga juga tingkah laku kita; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Wahai saudariku muslimah,
Jaga pakaian kita sama; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal…Dia orang ISLAM.
Wahai saudariku muslimah,
Simpanlah secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman…


semoga bermanfaat...suka? like jer

No comments: